Monday, January 04, 2016
Rakyat Semakin Percayai Kepada BN......Kepimpinan Adenan Mampu Tingkatkan Sokongan Kepada BN Di Sarawak
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata pelaksanaan
dasar baharu seperti penurunan kuasa untuk Sarawak, program-program
pembangunan, serta keputusan menghapuskan tol di semua jambatan di
negeri itu telah meningkatkan sokongan rakyat kepada Adenan dan Barisan
Nasional (BN) khasnya.
"Saya menjangkakan undi popular BN akan meningkat kepada 55 peratus
hingga 60 peratus pada pilihan raya negeri kali ini," katanya kepada
Bernama di sini, hari ini.
Pada pilihan raya negeri yang lepas, BN Sarawak yang diwakili empat
parti komponen utama ketika itu iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
(PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS)
dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menang 55 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang termasuk seorang calon Bebas
mendapat 16 kerusi DUN.
Dr Jeniri yang juga pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial Universiti
Malaysia Sarawak (Unimas) berkata berdasarkan kajian yang dilakukannya,
Adenan kini mencapai tahap popular hampir 84 peratus dalam kalangan
rakyat Sarawak pada Oktober lepas berbanding 74 peratus pada April tahun
lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara
hidup, cukai barang dan perkhidmatan dan isu 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) pastinya tetap menjadi isu pada pilihan raya negeri nanti
dan BN perlu bijak menangani segera.
Namun beliau berpendapat, isu-isu itu hanya memberi kesan kepada
pengundi muda yang banyak terdedah dengan maklumat tidak tepat dalam
media sosial.
"BN harus bersedia untuk menangkis isu-isu itu melalui media tradisional
seperti radio dan televisyen ataupun melalui media maya khasnya melalui
aplikasi WhatsApp," katanya.
Dr Jeniri turut meramalkan pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan
pada cuti persekolahan Mac depan sebelum mandat penuh DUN Sarawak
berakhir pada Jun tahun ini.
Mengenai calon, Dr Jeniri yakin tiada "tangan ghaib" yang boleh
mempengaruhi Ketua Menteri Sarawak itu dalam menentukan calon BN di 82
kerusi DUN nanti.
Beliau berkata selaku Pengerusi BN negeri, Adenan dilihat seorang yang
konsisten dalam setiap keputusannya dan tidak mudah dipengaruhi
mana-mana pihak.
"Pemilihan calon (yang akan diputuskan Adenan nanti) adalah atas dasar
keyakinan kepada kebolehan calon selain mendapat sokongan parti, rakyat
serta bakal calon pelapis untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun lagi,"
katanya.
Beliau berpendapat menerusi pertambahan 11 kerusi DUN yang baharu, BN
dijangka menampilkan sekurang-kurangnya 21 muka baharu dengan
mengugurkan beberapa penyandang atas beberapa faktor seperti prestasi
dan kesihatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment