Sunday, January 03, 2016
Inilah Yang Kita Takuti..... Ibu Bapa Tidak Sedar Anak Lakukan Hubungan Seks
MELAKA : Ramai ibu bapa tidak percaya bahawa anak-anak mereka pernah
melakukan hubungan seks dengan rakan-rakan sendiri, kata Pengerusi
Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee
Kin.
Katanya anak-anak muda mungkin berkelakuan baik di rumah kerana kawalan
ketat oleh ibu bapa mereka "tetapi perlakuan mereka berbeza ketika di
luar".
Sehubungan itu beliau menasihatkan supaya ibu bapa terlibat dalam
mendidik anak-anak mereka khususnya mengenai peruntukan undang-undang
dalam kes rogol.
Minggu lalu, The Star melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 51 peratus
kes rogol yang berlaku dalam tempoh tiga tahun lalu melibatkan hubungan
seks dengan kanak-kanak.
Seksyen 375 (G) Kanun Keseksaan menyatakan bahawa hubungan seks dengan
seseorang di bawah 16 tahun dianggap rogol (sama ada dengan atau tanpa
izinnya).
"bu bapa perlu memperuntukkan masa untuk memantau anak-anak dan rakan-rakan mereka," katanya.
Ketua Polis Melaka, Timbalan Komisioner Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata ramai pesalah muda tidak menyedari akibatnya.
"Pihak-pihak berkepentingan perlu mengkaji mekanisme untuk mendidik golongan muda mengenai jenayah rogol," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment