Monday, January 04, 2016
'Sultan' Melaka Disiasat Bawah Akta Hasutan 'Sultan' Melaka Disiasat Bawah Akta Hasutan
PETALING JAYA : Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya sultan
Melaka, kini disiasat bawah Akta Hasutan, kata ketua polis negeri itu
Datuk Chuah Ghee Lye.
“Ada laporan polis dibuat oleh Pejabat Ketua Menteri Melaka, kami buka
siasatan dan dia kini disiasat di bawah Akta Hasutan kerana dakwanya dia
sebagai sultan Melaka,” katanya.
Memetik laporan Malaysiakini, Chuah berkata, ini merupakan siasatan kedua yang terhadap Noor Jan.
Sebelum ini, kata Chua, Noor Jan disiasat atas dakwaan memalsukan surat
daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang mendakwa dia diiktiraf
sebagai sultan.
“Kita lihatlah, kalau ada elemen yang sama, kita satukan sahajalah (kedua-dua kes),” kata Chuah.
Isu Noor Jan kembali hangat setelah gambar dia mengadakan majlis
mengurniakan darjah kebesaran kepada beberapa individu dan aktivis
menjadi viral di dalam sosial media.
Antara yang menerima 'anugerah' tersebut ialah aktivis "raja repot", Abdul Rani Kulup Abdullah (gambar).
Kerajaan Melaka sejak awal lagi menafikan beliau pewaris takhta kesultanan negeri.
Terdahulu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dilaporkan
berkata orang seperti Noor Jan adalah orang gila atau hidup dalam
alamnya sendiri.
Noor Jan sebelum ini pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah
akta sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan
darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Noor Jan berasal dari Kampung Teluk Perang, Perak juga pernah ditahan
ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka dipercayai menghadiri
majlis kesyukuran kewujudan kembali "kesultanan Melayu Melaka..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment