Monday, January 04, 2016
Pemimpin UMNO Tak Minat Dengan Pelawaan DAP, Pakatan - Fathul Bari
SHAH ALAM : Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya yakin tidak akan
ada mana-mana pemimpin parti itu akan terpengaruh dengan pelawaan
Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Menyifatkan pemimpin Umno sebagai berprinsip, Fathul dalam pada itu menambah ahli-ahli parti sesekali tidak rela bertuankan DAP.
Terdahulu, Kit Siang dalam satu kenyataannya semalam menyatakan
kesediaan DAP dan Pakatan Harapan bekerjasama dengan pemimpin Umno yang
tidak berpuas hati.
Dakwanya ini sebagai usaha menyelamatkan negara daripada "rasuah,
ketidakadilan sosioekonomi dan kegagalan dalam pembinaan bangsa".
"Kerjasama yang mereka mahukan daripada pemimpin-pemimpin Umno yang
kurang bersetuju dengan beberapa pendirian PM, saya berpendapat golongan
ini tidak akan bersama-sama dengan kumpulan 'chauvanist' seperti DAP.
Saya yakin perkara itu.
"Mungkin tidak bersetuju dengan beberapa perkara, (tetapi) tak
semestinya ambil langkah yang tidak bijak seperti itu, iaitu bersama
dengan gerakan yang assabiyah, taksub," katanya kepada Antarapos, hari
ini.
Malah Kit Siang juga mendakwa perutusan Tahun Baru Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak sebagai 'sindrom penafian' yang tidak mengakui
wujudnya masalah dan skandal di dalam negara, contohnya kontroversi
1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal hutang RM2.6 bilion dan
peningkatan kos sara hidup.
Fathul kemudiannya berkata Najib, yang juga Presiden Umno sentiasa
mencari jalan dalam menyelesaikan beberapa perkara yang berbangkit,
sekaligus menepis tanggapan negatif pembangkang itu.
"Kenyataan itu adalah kenyataan golongan 'opportunist' iaitu golongan
yang nak ambil kesempatan atas situasi dan keadaan yang berlaku.
"Kelemahan dan kekurangan ada, itu tak dinafikan. Bahkan hal itu
diungkapkan oleh Presiden Umno yang sentiasa berusaha melakukan
perubahan," tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment