Monday, January 04, 2016
Kemelut Rebut Kerusi PBT Selangor : Pas Terus Dibuli Secara Sistematik
KUALA LUMPUR : Kemelut berterusan perebutan kerusi Ahli Majlis
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor antara Pas dengan Amanah
disifatkan sebagai antara taktik keji yang disusun atur bagi membuli Pas
secara sistematik, demikian pandangan bekas Setiausaha Sulit Politik,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.
Ini kerana sehingga kini jelas beliau PKR dilihat seperti bermain
tarik tali dengan Pas serta tidak memberikan kata putus yang sebenarnya
walaupun sudah mengikat tali kerjasama menerusi Pakatan Harapan bersama
Dap dan Amanah.
“Saya melihat pertembungan tersebut sebenarnya akan memberi
keuntungan politik yang amat tinggi untuk PKR dan juga Dap manakala yang
menerima musibahnya kelak sudah tentulah Pas. Berterusan nampaknya
parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibuli secara sistematik.
“Lagi
satu kelahiran Amanah yang nampaknya dialu-alukan oleh Dap menyerlahkan
lagi taktik sekutu Pas sendiri dalam merencana kerajaan negeri pimpinan
Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali,” katanya kepada pihak media di
sini, hari ini.
Beliau seterusnya menjangkakan pertembungan yang berterusan dalam
soal berkenaan mungkin akan meleret hingga ke pembahagian kerusi untuk
pilihan raya umum akan datang di negeri tersebut dengan Pas bakal
menjadi bahan untuk dicaturkan oleh bekas sekutunya sendiri.
Akhirnya nanti ujarnya lagi Pas akan terus ditimpa dengan perpecahan
sekali lagi dan pada masa itulah PKR serta Dap dan Amanah akan mendapat
saham politik yang amat bermakna.
“Begitulah yang saya nampak dan perkara ini sesuatu yang tidak
mustahil akan berlaku. Kenapa Amanah hanya berminat untuk berkonfrontasi
dengan Pas dalam soal berkenaan. Jika dalam perkara kerusi ahli majlis
pun boleh berlaku sedemikian rupa apatah lagi kerusi pilihan raya.
“Apakah ada dan wujud tangan-tangan gahiab dalam perkara berkenaan
dan sekali imbas macam ada kebenarannya. Cuma kita tunggu dan lihat
dalam masa terdekat percakaran berkenaan akan sampai ke mana. Saya
jangkakan akan lebih daripada itu,“ katanya.
Dilaporkan Pas Pusat memutuskan enggan memberi laluan kepada Parti
Amanah dalam pembahagian kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) di Selangor.
Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau
mendapat mandat untuk mewakili Pas Pusat sebagai Naib Presiden parti
itu.
Katanya lagi, keputusan itu sudah pun dimuktamadkan.
“Pusat telah turunkan kuasa kepada Pas Selangor (untuk tidak memberi
ruang kepada Amanah). Saya Naib Presiden yang mewakili Pas Pusat,”
katanya dalam satu kenyataan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment