Monday, January 25, 2016
Mukhriz Jatuh Tersungkur Kerana Kesilapan Sendiri
Rakyat berpendapat bahawa krisis Menteri Besar Kedah yang berlaku
sekarang ini adalah disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
berasa tergugat dengan kritikan dan kutukan menghina dari MB Kedah,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sebenarnya rakyat silap, kekecohan yang berlaku sekarang ini disebabkan
oleh balasan terhadap kejahatan dan kekejaman yang dilakukan Mukhriz
sendiri. Kesilapan besar Mukhriz adalah dirinya tersalah pilih penasihat
dan para pegawai… Kerana mereka dipercayai ‘bekerja untuk menjaga
kedudukannya’.
Veteran UMNO Kubang Pasu, Abdul Manaf Kecik berkata, meski pun rakyat
menyukai Mukhriz kerana dia suka melayan rakyat ‘berselfie’, akan tetapi
dia gagal untuk membentuk satu pentadbiran Kedah yang kukuh.
Tengok jela para pegawai yang dipilihnya tu, hampir kesemuanya mempunyai
masalah. Mukhriz terlalu ‘baik’ sehingga ada yang pijak kepalanya.
Malah para pegawainya dikatakan terlalu ramai, macam la dia tu kerabat
diraja sebab dengar kata pegawainya lebih pada 20 orang, betul ke?
Dengan pegawai media lagi, perhhhhh!
“Mukhriz ini bagus, saya tak nafi dia satu manusia yang bagus tapi
masalah sekarang, orang keliling (para pegawai) dan Exco yang dia lantik
itu tidak amanah.
“Saya dengar dia (Mukhriz) ada pegawai khas sampai 20 orang tak tahulah,
tapi kira hebatlah kalau seorang Menteri Besar ada sampai 20 orang
pegawai” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Abdul Manaf mendedahkan bahawa kejatuhan Mukhriz
juga ada kena mengena dengan orang sekelilingnya. Mungkin mereka tak
pandai nak jaga tuan… Tapi apa yang mereka tahu nak kikis semua yang
ada.
Contohnya macam Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Datuk Azimi
Daim. Pemimpin ini kerap bercakap mengenai perkara tidak sepatutnya.
Sehingga ada ketika dia kerap terlepas cakap hingga menampakkan diri
mereka sebenarnya bermasalah, dan hanya tahu mengambil kesempatan.
“Setiausaha Politik dia, Datuk Azimi Daim (pernah) kata selagi Mukhriz Menteri Besar selagi itu kita akan ambil apa yang ada.
“Itu dia kata masa sambut Datuk Seri Zahid (Hamid) di lapangan terbang
masa datang buat lawatan di negeri Kedah, macam itukah seorang
setiausaha politik cakap?’’ tambahnya.
Cuba orang Kedah buka mata seluas-luasnya, selama kepimpinan Mukhriz apa
agaknya pencapaian cemerlang yang dilakukannya?? Setahu kitalah sehingga
ke hari ini, dia masih lagi gagal untuk memenuhi manifesto yang
dijanjikan kepada rakyat.
Masa pilihan raya umum dulu bukan main lagi berjanji nak capai itu ini,
tapi menjelang tahun Discover Kedah 2016 ini, apa je perkembangan Kedah
yang membanggakan?? Pelancong datang pun takde tempat best yang nak
dikunjungi, macam tu ke berjaya??
Setakat nak tengok sawah padi tu kat tempat lain pun ada, betul tak??
Malah lagi cantik dan best dari negeri Kedah. Setakat nak tengok
bangunan buruk dengan lukisan muka bapaknya tu baik tak payah.. Orang
luar lagi kreatif.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment