Monday, January 25, 2016
Politik Anak Mahathir Bakal Berakhir Rabu Ini
Nampaknya krisis politik Kedah bakal menyaksikan kejatuhan pemimpin
berkepala batu, Menteri Besar Datuk Seri Paduka Mukhriz Mahathir. Hidup
politik anak Mahathir ini dijangka bakal berakhir selewat-lewatnya pada
Rabu ini.
Walaupun sebelum ini ramai pihak yang membangkang, namun sekarang 20
daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dari Barisan Nasional (BN),
telah mencapai kata sepakat dan terpaksa akur dengan keputusan yang
Mukhriz bakal digugurkan.
Kesemua mereka ini juga telah menyuarakan taat setia yang teguh kepada
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Malah mereka juga sanggup dan
telah bersiap sedia sekiranya dipanggil menghadap DYMM Tuanku Sultan
Kedah.
Mereka ini akan menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil
untuk menyatakan sokongan dan persetujuan mereka terhadap setiap
keputusan yang bakal diumumkan kelak. Tidak kira lah suka atau tidak
suka, rakyat Kedah pastinya akan mendapat Menteri Besar yang baharu.
"Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya
dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan Umno dan Barisan
Nasional.
"Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung Umno, Tengku
Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90 peratus Adun BN
Kedah," petik kenyataan salah seorang sumber.
Sekarang ini mereka sedang mempertimbangkan calon mana yang layak untuk
menggantikan tempat Mukhriz. Melalui undi suara, rata-rata mereka
bersetuju untuk mengangkat Timbalan Pengerusi BN dan UMNO Kedah, Datuk
Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengganti Mukhriz.
Pemimpin terbabit dilihat berkebolehan dan yang paling layak untuk
menyandang jawatan tersebut. Rakyat juga dinasihatkan supaya menerima
hakikat dan pucuk kepimpinan baharu dibawah pentadbiran Datuk Seri Ahmad
Bashah.
Bala tentera Mukhriz juga diminta menghentikan usaha memburukan Datuk
Seri Ahmad Bashah demi menjaga status kemewahan dan kehebatan Mukhriz.
Terima sahaja keputusan yang bakal dibuat, tenyata kem Mukhriz pun masih
tidak mampu untuk menghalang perubahan yang bakal dilakukan ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment