Monday, January 25, 2016

Kedah Dapat Menteri Besar Baru Selewatnya Esok

Rakyat Kedah yang kononnya terlalu sayangkan Menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir harus bersiap sedia menghadapi kehilangan pemimpin ‘terulung’ mereka selewat-lewatnya esok.

Orang-orang suruhan Muhkriz yang sekarang ini pastinya masih berkempen untuk mendapatkan sokong kepada Mukhriz, seeloknya berhenti saja lah usaha buang masa mereka itu. Ini kerana dikhabarkan pihak Istana Anak Bukit sedang sibuk melakukan persiapan untuk ‘meraikan’ Menteri Besar Kedah yang baru.

Istana Anak Bukit sedang sibuk melengkapkan atur cara bagi menyempurnakan majlis angkat sumpah bagi pelantikan Menteri Besar Kedah yang baru. Tinjauan di laman Facebook KekalNajib mendapati persiapan majlis angkat sumpah bagi perlantikan Menteri Besar Kedah yang baru sedang giat dijalankan.

Jadi adalah tidak mustahil negeri Kedah bakal mendapat Menteri Besar baru kerana dalam gambar yang dikongsikan mendapati, kerusi sudah pun disusun rapi di dalam sebuah ruang di istana. Jadi dengan itu orang bawahan Mukhriz patut sediakan tisu untuk lap air mata, dan hentikan sahaja kerja bodoh mahu kekalkan Mukhriz.

Namun pengesahan mengenai gambar yang tersebar tersebut masih belum mendapat kepastian dari pihak Istana Anak Bukit. Alahhhhh, kalau tidak esok, hari rabu ni. Anak Mahathir tu sudah tiada peluang lagi nak kekal di Kedah. Mahu tidak mahu Mukhriz harus berundur secara terhormat atau diludah keluar.

“Persiapan majlis angkat sumpah” itulah caption gambar yang dimuat naik tersebut. Sebelum ini 20 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Adun), Barisan Nasional (BN) telah pun meraih kata sepakat dan sudah terbuka hati untuk menerima Menteri besar baharu.

Malah mereka-mereka ini telah pun menyatakan taat setia mereka kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO. Tambahan pula, mereka hanya bersiap sedia dan hanya menunggu masa sahaja untuk dipanggil menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah.

Tujuan itu adalah untuk menyatakan sokongan mereka terhadap apa sahaja keputusan yang bakal diambil oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah. Suka atau tidak rakyat Kedah harus terima sekiranya Dato’ Seri Ahmad Bashah diangkat menjadi Menteri besar.

Ini kerana hanya Dato’ Bashah sahaja yang dilihat lebih layak untuk menggantikan Mukhriz dalam menguruskan pentadbiran Kedah. Jika dibandingkan dengan Mukhriz, Dato’ Bashah mempunyai banyak kelebihan dan yang paling penting tidak gila kuasa seperti Mukhriz.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment