Monday, January 04, 2016
Najib Bertemu Masyarakat Malaysia Di Jeddah
PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang
kini berada di Arab Saudi untuk lawatan kerja tiga hari, dijadual
bertemu pelajar dan golongan profesional Malaysia di Jeddah dan Makkah
hari ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam akaun Facebooknya hari ini berkata
selepas pertemuan itu, Perdana Menteri turut dijadual menunaikan umrah
selepas solat Maghrib malam ini.
“Perdana Menteri akan bertolak ke Madinah esok. Selain mengunjungi
Masjid Nabawi, beliau juga akan menghadiri jamuan makan tengah hari
bersama pelajar dan golongan profesional Malaysia di Holiday Villa Hotel
Madinah,” katanya.
Ketika di Madinah, Perdana Menteri juga dijadualkan bertolak ke
Knowledge Economic City dan Dar Al Madinah Urban and Built Heritage
Museum.
Najib yang tiba di Jeddah semalam, disambut Gabenor Jeddah Putera
Mish’al Abd Majid, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim
Zainuddin dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment