Monday, January 04, 2016
Pergi Mampus Lah..... Pakatan Harapan Akan Kalah PRU14 - PASMA
Pakatan Harapan (PH) akan kalah dalam Pilihanraya Umum ke-14, kata
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Datuk Pahrolrazi
Zawawi.
Ini kerana rakyat masih lagi tidak yakin dengan kekuatan gabungan PKR,
DAP dan AMANAH memandangkan banyak lagi perkara yang perlu difokuskan
termasuk dasar perjuangan bersama yang masih lagi longgar.
“Saya lihat rakyat belum ada keyakinan dengan Pakatan Harapan ini,
walaupun rakyat meletakkan harapan supaya ada satu gabungan yang boleh
menjadi ‘front’ untuk pembangkang, tapi mereka masih belum boleh
mengalahkan UMNO mahupun BN.
“Sehingga kini PH masih belum dikira sebagai parti yang berdaftar, dan
ketiga-tiga parti itu belum ada dasar macam Pakatan Rakyat (PR) yang ada
buku jingga sebagai dasar bersama.
“Rakyat masih lagi tidak yakin dengan kekuatan parti itu berbanding PR ,” katanya.
Tambah beliau, PH kini masih dalam proses mengukuhkan kedudukan
masing-masing termasuk AMANAH yang merupakan parti terbaru dalam
politik.
“Kalau bercakap tentang gabungan, mereka masih belum ada ikatan yang
kuat diantara PKR, DAP dan AMANAH, apa yang dijangka DAP terhadap AMANAH
tak menjadi sebab parti baru itu sedang fokus tentang penubuhan parti
itu sendiri, PKR pula dengan pendirian masing-masing, DAP pun macam tu
juga.pahrolradzi
“Sebab itu saya melihat PH masih belum bersedia di peringkat awal ini
dan saya setuju dalam masa yang singkat ini sebelum PRU14 mereka perlu
merancang sesuatu dengan seberapa segera,” ulasnya.
Pembangkang di bawah Pakatan Rakyat sebelum ini memenangi 89 kerusi
parlimen pada PRU 13 tetapi PR pecah tahun lalu apabila PAS membuat
keputusan menamatkan kerjasama politik dengan DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment