Monday, January 04, 2016
“Rebut Kuasa, Rebut Jawatan, Rebut Kerusi” Memang Budaya Amalan Pembangkang
KUALA LUMPUR : ‘Harta sepencarian’ pun mereka boleh berebut,
inikan pula jawatan dan kedudukan yang lebih menguntungkan, sinis Exco
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias.
Menurutnya lagi, justeru itu bukan sesuatu yang pelik jika mereka ini
sentiasa berebut berkehendakkan jawatan baik dari peringkat
jawatankuasa kampung, surau dan masjid hinggalah mahu menjadi ahli
majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Nampaknya ‘budaya’ berebut ini telah melarat daripada perangai
mereka sebelum ini yang suka berebut kerusi kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) dan Parlimen semasa pilihan raya.
“Jika
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu mereka ‘menggula-gulakan’ rakyat
dengan kononnya bersepakat tetapi tetap berebut kawasan, apatah lagi
semasa PRU14 nanti, yang kini meninggalkan Pas dengan menubuhkan Pakatan
Harapan dengan sekutu yang baharu, Parti Amanah Negara (Amanah),
ironinya dipelopori golongan yang kecewa dengan Pas disebabkan kekalahan
perebutan jawatan peringkat pusat,” katanya kepada pihak media.
Ujarnya lagi, semasa PRU13 lalu rakyat dihidangkan pakatan
pembangkang yang mereka gelarkan diri sebagai Pakatan Rakyat yang ketika
itu disertai parti Dap, Pas dan PKR tetapi tetap tidak berpakat apabila
melibatkan pengagihan kerusi di beberapa kawasan contohnya seperti di
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Bukit Besi dan Seberang
Takir yang menyaksikan mereka berlawan sesama sendiri di samping menjadi
pesaing Barisan Nasional (BN).
“Itulah gambaran wajah sebenar pakatan pembangkang yang masing-masing
hanya memikirkan kepentingan peribadi politik sendiri sahaja dan gemar
sekejap berpakat kemudiannya berpisah, kemudian bersekutu dan bercerai
kembali.
“Itu juga menunjukkan pakatan pembangkang memang cacamarba, memang
tidak mampu untuk capai kata sepakat sementelahan pula tidak pernah
kekal pakatan mereka, bersatu dan berpisah hanya apabila boleh saling
guna mempergunakan,” katanya.
Jelas kesepakatan antara mereka juga hanyalah bermusim, ketika
bersama pun masih boleh berebut kawasan pilihan raya seperti yang
berlaku di beberapa kerusi di Terengganu dan Selangor itu semasa PRU13
lalu, tambah Timbalan Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Media
Sosial, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia itu lagi.
Inilah sifat pembangkang yang menyokong antara satu sama lain hanya
apabila ada kepentingan, apabila sudah terlerai ikatan, masing-masing
menampilkan keburukan ‘rakan lama’ dan berebut jawatan, tegasnya.
Sebelum ini dilaporkan Pemuda Amanah Selangor tampil menuntut tempat dalam pembahagian kerusi PBT di negeri itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment