Monday, January 04, 2016
“Sedangkan PAS Pun Lari, Inikan Pula UMNO Yang Terang-Terang DAP Benci” – Sharkar
TEMERLOH : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar
Shamsuddin menyifatkan kenyataan Penasihat Dap, Lim Kit Siang kononnya
Dap dan Pakatan Harapan bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan
mana-mana pemimpin dan ahli UMNO yang tidak berpuas hati adalah sekadar
satu provokasi murahan yang memualkan.
Jelasn beliau hakikatnya semua ahli UMNO tahu dan sedar bagaimana
bentuk perjuangan politik Dap yang hanya mahu menjadikan orang Melayu
sebagai batu loncatan demi mencapai cita-cita mereka menjadi pemerintah
sekaligus menumbangkan UMNO.
“Sedangkan Pas yang sebelum ini begitu percayakan Dap pun boleh lari,
inikan pula UMNO yang terang-terang dibenci oleh Dap. Sudah tentu
pelawaan mereka untuk bekerjasama dengan ahli dan pemimpin UMNO yang
tidak berpuas hati hanyalah satu tawaran berbentuk sandiwara.
“Mereka
ini pantang ada ruang, mesti akan mereka gunakanpun untuk mengambil
kesempatan. Barang diingat, berbeza pendapat dalam UMNO adalah perkara
biasa tetapi tidaklah sampai mahu menjatuhkan parti keramat ini.
“Sebenarnya bagi saya, Dap semakin gusar bila melihat kepercayaan dan
keutuhan ahli UMNO semakin pulih selepas tamatnya Perhimpunan Agung
UMNO yang lalu. Maka mereka mula mencari ruang untuk memecah belahkan
kepercayaan tersebut dengan taktik politik murahan sedemikian rupa,”
ujarnya kepada pihak media.
Tambah Sharkar, kesediaan Dap untuk berbaik dengan ahli UMNO sudah
pasti mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat kerana ramai yang
mengetahui sifat parti itu yang cauvinis dan rasis.
“Dap tidak pernah ikhlas. Lihat sahaja contoh di Pahang bagaimana
Bekas Pengerusi Dap Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dipergunakan.
Bila sudah tidak diperlukan lagi maka dia dibuang begitu sahaja. Mana
mungkin orang Melayu mampu menjawat jawatan tinggi dalam parti itu.
“Status orang Melayu dalam Dap hanyalah sebagai tempelan semata-mata.
Ini adalah kenyataan yang tidak mampu disangkal sama sekali. Oleh itu
ahli UMNO seharusnya berfikiran matang dan jangan mudah terpengaruh
dengan kata-kata Dap ini.
“Ye betul… keputusan semua di tangan ahli UMNO sendiri tetapi
berfikirlah secara waras dan saya percaya ahli UMNO amat matang dan
tidak mungkin menjadikan Dap sebagai pilihan,” jelas Sharkar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment