Monday, January 04, 2016
Tekun Nasional Sasar Lahirkan Lebih 50,000 Usahawan Tahun Ini
SUBANG : Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional)
mensasar untuk melahirkan kira-kira 51,610 usahawan di seluruh
negara pada tahun ini melalui bantuan pinjaman berjumlah RM600 juta.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Baharom Embi berkata langkah ini
diharap dapat membantu usahawan kecil memajukan perniagaan, sekaligus
merancakkan lagi sektor keusahawanan di negara ini.
“Daripada jumlah (pinjaman) itu, RM300 juta adalah daripada bantuan kerajaan manakala bakinya daripada dana Tekun sendiri.
“Sejak mula diperkenalkan pada 1998 sehingga Dis lepas (2015), Tekun
telah memberi pinjaman mikrokredit berjumlah RM3.8 bilion kepada 337,090
usahawan kecil di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
program Mentor-Mentee Makanan Laut Bergerak dengan kerjasama syarikat
pembekal makanan laut, Bumi Services Sdn Bhd di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Urusan Bumi Services Sdn Bhd, Muhamad Azman Poniran.
Mengulas mengenai program mentor-mentee itu, Baharom berkata program
yang diperkenalkan pada tahun ini bertujuan untuk mewujudkan peluang
perniagaan kepada usahawan berdasarkan syarat dan prosedur pinjaman yang
sedia ada.
“Menerusi program tersebut, syarikat akan bertindak sebagai mentor
dan usahawan sebagai mentee dan pinjaman akan disalurkan terus kepada
mentor mengikut pakej pinjaman yang dipersetujui.
“Seperti program mentor-mentee makanan laut ini, sembilan usahawan
telah menerima pembiayaan Tekun berjumlah RM72,000 setiap
seorang…pembiayaan ini termasuklah penyediaan peralatan perniagaan dan
pakaian seragam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment