EDITOR MENULIS....
7 MEI 2015
Sehari sebelum pengundian di Permatang Pauh,
Barisan Nasional dan Kerajaan Persekutuan diserang secara bertalu-talu
dari dalam oleh Tun Mahathir Mohamad dan sebuah blog yang muncul secara tiba-tiba muncul dan menjadi popular melalui pesanan Whatsapp.
Tun Mahathir Mohamad sekali lagi menulis semalam mengulangi tuduhan
beliau bahawa terdapat RM 27 Bilion lesap dari 1MDB. Pada hari yang sama
satu blog muncul mendedahkan apa yang dikatakan sebagai dokumen Lembaga
Pengarah Tabung Haji membuat urusan tidak jujur dan jahat dengan 1MDB.
Ini merupakan agenda jahat untuk merosakkan peluang Barisan Nasional
pada saat-saat akhir kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.
1. Apakah Azeez Rahim Menipu?
Dalam
keadaan saat-saat akhir kempen, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Azeez
Rahim, terpaksa menyatakan bahawa tuduhan-tuduhan dalam blog tersebut
tidak benar dan Tabung Haji akan membuat penjelasan dalam masa yang
terdekat.
Kenyataan Azeez ini selain bertujuan menyelamatkan Barisan Nasional dari serangan jahat saat akhir, ia juga tidak menipu.
Azeez hanya menyatakan bahawa blog terbabit menipu bukannya beliau menafikan sebarang urusniaga Tabung Haji dengan 1MDB.
Blog tersebut mendakwa Tabung Haji telah bersetuju untuk membeli dua plot tanah dari 1MDB dengan harga RM 722 juta tunai.
“Tabung Haji has entered into a deal to purchase 2 plots
of TRX land from 1MDB for a total sum of RM772 million cash. Tabung Haji
is using depositors money and not government funds.”
Blog tersebut juga memberi gambaran seolah-olah Tabung Haji juga akan
membeli salah sebuah Menara dalam pembangunan Razak Exchange ini.
Blog tersebut ingin menunjukkan terdapat hampir RM 1 Bilion wang penyimpan Tabung Haji digunakan untuk membantu 1MDB.
Penjelasan laporan Polis oleh Tabung Haji ke atas blog terbabit hari ini jelas
menunjukkan banyak fakta dalam blog tersebut yang menipu dan cuba
menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
2. Apakah urusan Tabung Haji dan 1MDB sebenarnya?
Tabung Haji telah membeli satu lot hartanah untuk pembangunan pada
harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran
semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.
Jika ada maklumat bahawa Tabung Haji mmebeli harga melampaui harga
pasaran semasa maka bukti harus diberi supaya tindakan dapat diambil.
3. Tabung Haji Akan Jatuh Kerana Cuba Bantu 1MDB?
Pembelian lot tanah bernilai hampir RM 200 juta ini bukan bertujuan
membantu 1MDB tetapi merupakan pelaburan di kawasan yang strategik. 1MDB
mempunyai hutang sebanyak RM 42 Bilion, bagaimana pembelian hartanah
dengan harga sekitar RM 200 juta bertujuan membantu 1MDB?
Sebenarnya pembelian sebesar ini bukan besar kepada Tabung Haji.
Tabung Haji mempunyai pelaburan hartanah berbilion ringgit di luar
negara.
Malah pada 2012, pengurus dana Islam terbesar di dunia itu
memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi membeli sebuah hartanah komersial
yang mematuhi syariah di kota raya London.
Jika Tabung Haji mahu menyelamatkan 1MDB, mereka akan mengadakan
urusniaga sekurang-kurangnya bernilai RM 5 bilion bukannya sekadar
seratus dua ratus juta ringgit.
Kenapa 1MDB Tanah Beli Murah, Jual Mahal, Pasti Kerajaan Akan Rugi
Beberapa pihak mempertikaikan mengapa kerajaan menjual hartanah
dengan harga yang murah kepada 1MDB dan membolehkan syarikat terbabit
membuat keuntungan atas angin dengan harga beratus kali ganda mahal.
1MDB merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia yang
bertanggungjawab merangka dan melaksanakan pembangunan Razak Exchange.
Sebenarnya, tanah-tanah milik kerajaan di kawasan pembangunan ini
bukan dijual tetapi dipindah milik dari kerajaan kepada 1MDB yang juga
merupakan hak milik kerajaan dipindahkan kepada 1MDB dengan bayaran
premium tertentu.
1MDB akan merancang dan merangka “Master Plan” untuk pembangunan
sebelum mencari pelabur-pelabur berminat mengikut pelan pembangunan
sedia ada.
Lot tanah yang akan dijual mestilah harga pasaran kerana ia bertujuan mendatangkan keuntungan kepada kerajaan.
Ini bukan pertama kali dibuat, tidak percaya cuba kaji sejarah Cyberjaya dan Cyberview Sdn Bhd (Cyberview).
Serangan berterusan terhadap 1MDB adalah bertujuan untuk merosakkan
reputasi syarikat kerajaan ini dan sekaligus menjatuhkan Perdana Menteri
Mohd Najib Razak dan parti Barisan Nasional.
* Anggaplah saya juga dalam kategori yang sama dengan Ahmad
Maslan yang dianggap bodoh dalam norma pemikiran media sosial yang serba
pandai dan serba bijak mengkritik.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment