Monday, May 11, 2015

Juara MLM PAS Buat Lawak Apa Ni?

Mahfuz Bean - Sirul
"Alooo… alooo… awak kat mana? Awak kat mana? Pelita nasi kandar?"

EDITOR MENULIS.....
11 MEI 2015

Alahai.. ’baik’nyalah hati Mahfuz Omar. Bersungguh benar dia mempertahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahfuz kononnya ‘kesal’ mendengar kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tun M ketika negarawan itu menunaikan umrah!

Namun begitulah Mahfuz. Bermuka-muka dalam permainan politik melaga-laga sesama pemimpin UMNO. Sibuk dengan parti orang sedangkan maruah Presiden PAS yang dipijak DAP langsung dia tak ambil peduli…

Kononnya ketika Tun M menunaikan umrah, maka Najib tidak wajar mengkritik beliau? Jika nak kritik seseorang maka perlu tunggu masa bukan ibadah, barulah ‘dihalalkan’ untuk mengkritik? Nas Al-Quran atau hadis mana yang Mahfuz pegang?

Dalam hal mengkritik, apakah hanya Tun M saja yang layak mengkritik? Sudahlah mengkritik tidak tentu masa, sesuka hati petik dari ‘hearsay’ dan tanpa fakta kukuh dari pembangkang, tergopoh-gapah pula mendesak jawapan yang sedang disiasat secara terperinci. Itu bukan mengkritik namanya. Itu namanya nak jatuhkan Perdana Menteri!

Pada saya, hanya pembangkang saja yang nak jatuhkan Perdana Menteri. Itu memang kerja pembangkang. Selagi mereka tidak menjadi Perdana Menteri, selagi itulah mereka akan atur gerakan untuk jatuhkan Perdana Menteri.

Saya sangat yakin, sebagai Perdana Menteri paling lama dalam sejarah, Tun M sudah berkali-kali cuba dijatuhkan pihak pembangkang sejak tahun 1981. Setiap apa yang beliau lakukan, sama ada salah atau betul, sudah tentu akan dibangkang pihak pembangkang.

Mahfuz lupa tentang Proton yang dianggap ‘tin milo’? Mahfuz lupa pada pembaziran Tun M membina KLIA, KLCC dan Putrajaya? Baru sekarang Mahfuz bela Tun M? Nampak sangat ‘ada udang di sebalik batu’. ‘Ikhlas’lah sangat pembelaan Mahfuz pada individu yang dia gelar sebagai ‘Maha-Firaun’, ‘Maha-Zalim’ dulu, kan?

Ingat lagi kisah penubuhan Proton, KLCC dan KLIA. Biarpun betul tindakan Tun M ketika itu dan beliau dikaitkan dengan pelbagai kontroversi serta dituduh ‘kuku besi’ seperti Robert Mugabe, seluruh kabinet, UMNO dan BN tetap menyokong beliau tanpa sebarang pertikaian.

Maklumlah. Jika dipertikai, kelamlah masa depan. Ingat lagi apa yang berlaku pada Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai lagi pemimpin UMNO yang cuba tidak sependapat dengan Tun M? Di mana pengakhiran mereka agaknya?

Malah ketika Tun M bergelut mencari sokongan untuk ‘team A’ dulu, agaknya apa yang akan berlaku jika Najib tidak menyokongnya? Tapi biasalah, bukankah ‘Melayu mudah lupa’? Dan mungkin benar Tun M juga adalah salah seorang ‘Melayu” itu…
mahathir-01
Dulu kata buka blog sebab Pak Lah sekat kritikan, tapi sekarang Najib bagi kebebasan bersuara pun tak reti nak hargai? Elok tutup blog sajalah…

Jadi pada saya, tidak salah pun sekiranya Najib membalas sedikit kritikan Tun M itu. Baru sedikit saja dikritik, ada pula ‘balaci’ datang membela. Itu baru sedikit dikritik sejak sekian lama mendiamkan diri. Jika dikritik lebih hebat, dah tentu ada yang meroyan taksub persis Tun M itu seorang Nabi…

Berbalik pada Mahfuz, sejak bila kritik perlu ada ‘cooling period’? Apa yang saya perhatikan, PAS sendiri tidak ada ‘cooling period’ dalam mengkritik. Malah lebih teruk, PAS tidak pernah ada ‘cooling period’ menabur fitnah terhadap pemimpin UMNO, khususnya Najib.

Ingat lagi bagaimana PAS tabur fitnah ketika Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tunaikan umrah sebelum ini? Tak ada ‘bodyguard’ pun mereka ada-adakan ‘bodyguard’. 

Nampak sangat PAS masih mengamalkan konsep ‘wal halalu ku, wal haraaamu mu’, kan?

Sedang PAS menunaikan ibadah sekalipun, masih lagi mereka cuba tunjuk perangai buruk mereka di depan Allah. Apa tidaknya bila mereka mendoakan Najib supaya ditimpa musibah di dalam program ibadah. Ingat lagi kes ‘doa pecah perut’?

Jadi, tidak perlulah Mahfuz tunjuk baik depan rakyat. Poyo sangat lagaknya. Kalau nak tunjuk poyo sekali pun, tunjuklah depan orang PAS saja yang sememangnya poyo dari dulu. 

Kalau betul Mahfuz nak tunjuk baik, sila suruh DAP terima hudud. Itupun kalau ada ‘telur’lah…

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment