Monday, May 11, 2015
Ketua Pembangkang Baru: Bukan Sekadar U-Turn, PAS sangkut di Roundabout!
EDITOR MENULIS .....
12 MEI 2015
Teka
teki tentang siapa yang layak menjawat jawatan ketua pembangkang baru
telah terjawab apabila DAP dan PAS telah bersetuju untuk menyokong Wan
Azizah sebagai ketua mereka di Parlimen kelak.
Menurut Mahfuz Omar, Ketua Penerangan
PAS, mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden
PAS, Hadi Awang telah memutuskan sebulat suara untuk menyokong Presiden
PKR bagi jawatan tersebut.
Kita masih ingat, apabila Anwar Ibrahim
memulakan langkah “Kajang Move” dan tidak layak bertanding di Kajang,
idea menampilkan Wan Azizah selaku calon sekaligus dicanangkan sebagai
bakal Menteri Besar Selangor telah mendapat tentangan hebat daripada
PAS.
Bukan sekadar hebat penentangannya, ia
membawa kepada krisis di dalam parti tersebut, apabila 2 ADUN bertindak
untuk mengingkari arahan presiden dengan muncul dalam satu sidang akhbar
menyokong Wan Azizah, sekaligus membuktikan “she has the numbers”. Ia
diikuti pula dengan sokongan oleh ahli jawatankuasa PAS pusat terhadap
pencalonan Wan Azizah.
Pada saat itulah, PAS dijenamakan sebagai
parti u-turn, dan ianya sangat trending di media sosial, serta memberi
makna yang baru dalam arus politik negara.
Kali ini, tiba-tiba PAS bersetuju pula
untuk diketuai oleh Wan Azizah selaku ketua pembangkang yang baru. Apa
sudah jadi dengan pendirian PAS untuk tidak berketuakan seorang wanita?
Hadi Awang yang pernah garang dalam krisis menteri besar Selangor,
termasuklah ketika waktu berkempen pilihanraya Permatang Pauh baru-baru
ini senyap sepi tanpa bicara berhubung persetujuan ini.
Sedar atau tidak, rakyat hari ini
disajikan dengan permainan politik jelek oleh PAS, yang tidak tahu ke
mana haluan mereka dalam cita-cita perjuangannya. Ia juga membuktikan
bahawa PAS kini boleh dianggap golongan yang tidak boleh dipercayai,
kerana tidak konsisten dalam apa jua perkara serta isu yang melibatkan
mereka.
Benarlah kata seorang pesara yang sempat
penulis temui sambil menikmat kopi 0 di Permatang Pauh sebelum ini. “PAS
takdak pendirian, hangpa tak mau percaya, terpulang. Tapi, habaq satu
ja, tengok keputusan (pilihanraya kecil) nanti.”.
Tanpa pendirian, PAS terus cuba untuk
kekal relevan di dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak ubah seperti pengemis,
yang hina dan terus dihina, tetapi kekal tanpa ada malu untuk menjual
maruahnya, demi kelangsungan “tahaluf siyasi” ciptaan DAP.
PAS kini bukan sekadar “U-Turn”, tetapi
lebih tepat ibarat sebuah kereta yang tidak tahu ke mana arah yang mahu
dituju, berpusing-pusing di “roundabout” sehingga pening, sambil
menunggu laluan mana yang hendak dipilihnya.
Panduan PAS ialah “signal” dari DAP dan PKR. Itulah laluannya.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment