Tuesday, May 12, 2015
Jabatan Audit Cadang Serah Laporan Awal Pengauditan 1MDB Akhir Jun Ini
12 Mei 2015, Kuala Lumpur : Jabatan Audit Negara (JAN) hari
ini memaklumkan jabatan itu kini giat melakukan pengauditan ke atas
syarikat 1Malaysia Development Bhd (IMDB), dan berusaha menyiapkannya
seberapa cepat yang boleh.
Sehubungan itu, Jabatan Audit bercadang mengemukakan laporan
awal pengauditan ini kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
selewat-lewatnya akhir Jun ini.
“Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan
ini,” demikian menurut Ketua Audit Negara dalam satu kenyataan sebagai
maklum balas kepada pihak-pihak yang ingin mengetahui status terkini
pengauditan jabatan itu terhadap 1MDB.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment