kerajaan negeri DAP/PR bahawa mereka sudah jemu dan tiada masa melayan kerenah mengarut kerajaan negeri.
Tuesday, May 05, 2015
Tiga Tahun Belum Dapat Kelulusan Rumah Kos Rendah di Pulau Pinang – Rahman Dahlan
5 Mei 2015
1. JKP Sdn Bhd & PERDA adalah dua agensi
Persekutuan yang dipertanggungjawabkan untuk membina rumah mampu milik
di Pulau Pinang.
2. YB Tony Pua mendakwa kedua-dua agensi ini adalah berasaskan keuntungan. Itu tidak benar.
Fungsinya bukan begitu. Pulangan tahunan kedua-dua syarikat itu dengan
jelas menunjukkan mereka tidak mendapat keuntungan sejak ditubuhkan.
Pada tahun yang baik, mereka mencatat keuntungan kira-kira RM2 juta
setahun walaupun mengeluarkan modal besar bagi membina rumah mampu milik
di Pulau Pinang. Bagi tahun kurang memberangsangkan, mereka mencatat
kerugian besar dalam tempoh 15 tahun dengan membina lebih 20,000 unit
rumah mampu milik di Pulau Pinang. Dalam beberapa projek, JKP &
PERDA menanggung kerugian mencecah RM20 juta bagi membina komponen rumah
mampu milik.
3. Rekod semasa menunjukkan JKP & PERDA mempunyai 30,000
permohonan daripada rakyat Pulau Pinang yang amat memerlukan rumah kos
rendah dan mampu milik. Oleh kerana kerajaan negeri pimpinan DAP/PR
tidak mampu memenuhi keperluan ini, Kerajaan Persekutuan mengambil
keputusan untuk membina 9,500 unit kediaman bagi fasa pertama.
4. Bagaimanapun, kerajaan negeri DAP/PR belum memberi kelulusan sehingga kini.
5. Pada pandangan saya, kerajaan negeri DAP/PR seolah-olah sengaja
melambatkan kelulusan walaupun JKP dan PERDA bersikap penuh berhemah
dalam menyelesaikan segala isu atau kebimbangan yang dibangkitkan oleh
kerajaan negeri DAP/PR. Surat dihantar dan permohonan untuk bertemu
dikemukakan oleh JKP dan PERDA.
Tiga tahun berlalu, kelulusan belum juga diberi.
6. Selepas beberapa tahun ‘merayu bagi pihak rakyat Pulau Pinang’,
JKP dan PERDA akhirnya dapat menemui pihak kerajaan negeri DAP/PR pada
Disember tahun lalu. Seperti diduga, kerajaan negeri mengubah peraturan
bagi pelaksanaan projek perumahan oleh JKP dan PERDA.
7. JKP dan PERDA memberi maklum balas segera pada Januari 2015.
Mereka menghantar cadangan baharu bagi memenuhi kehendak dan menjawab
kebimbangan kerajaan negeri DAP/PR walaupun JKP dan PERDA berasa ia
sengaja dibuat bagi menyukarkan keadaan di pihak mereka.
8. Kita sudah memasuki bulan Mei, menunggu selama 5 bulan (dan
masih menunggu), belum ada jawapan atau kelulusan diterima daripada
kerajaan negeri DAP/PR. Saya beranggapan, dengan mengambil alih peranan
kerajaan tempatan menerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) yang
dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, keadaan akan menjadi lebih
mudah. Saya tersilap.
9. Kita tidak dapat mengelak daripada mempersoalkan mengapa kerajaan
negeri DAP/PR sengaja melambat-lambatkan kelulusan sedangkan mereka
menyedari rumah berkenaan akan dibina di tanah Kerajaan Persekutuan
menggunakan dana Kerajaan Persekutuan?
10. Mengapa mereka mahu menyusahkan keadaan sedangkan kerajaan
negeri DAP/PR tidak perlu menanggung sebarang kos bagi pembinaan rumah
mampu milik terbabit?
11. Mengapa mereka mengenakan syarat tambahan jika harga asal rumah
mampu milik yang dicadangkan oleh JKP dan PERDA adalah 20-30% lebih
rendah berbanding harga pasaran (dan subsidi besar diberi kepada rumah
kos rendah)? Saya mahu biarkan rakyat Pulau Pinang memikirkan sendiri
jawapan berhubung motif Ketua Menteri menggunakan kuasa memberi
kelulusan mengikut arahannya. Sebelum ini, kelulusan kerajaan tempatan
sudah memadai.
12. Hari ini, Tony Pua mempertahankan keputusan kerajaan negeri
DAP/PR dengan kenyataan penuh muslihat. Beliau mendakwa kelulusan itu
ditangguhkan kerana projek membabitkan pembinaan rumah banglo bernilai
RM1.8 juta seunit.
13. Ini kebenarannya: hanya 20 unit banglo akan dibina. Angka itu
tidak relevan berbanding 9,500 unit rumah mampu milik yang akan dibina
JKP & PERDA. Kebanyakan banglo ini adalah rumah rehat mirip pusat
peranginan yang akan disewa sebagai rumah rehat korporat. Unit-unit ini
tidak akan dijual. Bagaimanapun, selepas pertemuan dengan kerajaan
negeri DAP/PR pada Disember tahun lalu, JKP & PERDA mengambil
keputusan untuk mengurangkan bilangan banglo yang bakal dibina.
14. Sementara itu, baki 9,500 unit merangkumi rumah kos rendah
(3,500 unit berharga RM42,000 seunit), rumah sederhana rendah (2,000
unit berharga RM72,000 seunit) dan kediaman mampu milik (4,000 unit
berharga RM160,000 -RM400,000 seunit). Bagi tujuan perbandingan, pemaju
di plot tanah bersebelahan meletakkan rumah mampu milik pada harga
setinggi RM700,000 seunit.
Mari kita selami isu ini dengan lebih mendalam.
15. Mengapa projek JKP dan PERDA mempunyai rumah yang agak mahal? Ia
bertujuan membantu menampung subsidi harga rumah kos rendah dan
sederhana rendah dalam skala kecil. Harus diingat, JKP dan PERDA perlu
membina tambahan 20,000 unit pada masa akan datang bagi memenuhi
keperluan rakyat Pulau Pinang. Keuntungan daripada kediaman berharga
tinggi ini boleh digunakan bagi pembangunan rumah kos rendah di Pulau
Pinang.
16. Rumah kos rendah dan sederhana rendah yang akan dibina JKP dan
PERDA menerima subsidi besar. Segmen rumah mampu milik ditawarkan pada
harga di bawah harga pasaran (kira-kira 20%-30%). Keuntungan bakal
diperoleh JKP dan PERDA hasil pembinaan projek 9,500 unit rumah itu
adalah kecil berbanding kos keseluruhan yang melebihi RM1 bilion.
Pemaju
swasta biasanya mengaut keuntungan dua atau tiga kali ganda lebih
besar. Dalam keadaan itu pun, pulangan diterima akan dilabur kembali
oleh JKP dan PERDA bagi lebih banyak projek rumah kos rendah dan rumah
mampu milik di Pulau Pinang.
17. Saya dapat lihat betapa mudahnya Tony Pua terkeliru. Projek
perumahan JKP dan PERDA bertujuan memenuhi keperluan rakyat
berpendapatan rendah dan sederhana. Beliau lupa isi rumah berkenaan
berpendapatan antara RM5,000 hingga RM15,000 sebulan tetapi dengan
keadaan menanggung beberapa anak, mereka berdepan cabaran untuk membeli
rumah di Pulau Pinang. Itu sebabnya JKP dan PERDA turut membina rumah
bagi golongan berkenaan kerana menyedari bukan semua rakyat Pulau Pinang
mahukan rumah kos rendah. Ada antara keluarga golongan pertengahan
ingin memberi rumah lebih naik, tetapi terpinggir daripada pasaran
semasa. Kerajaan Persekutuan mahu membantu mereka menerusi projek
perumahan dikendalikan JKP dan PERDA.
18. Agak menarik juga mendengar Tony Pua menyentuh isu tanah JKP dan
PERDA. Beliau mendakwa tanah itu sepatutnya digunakan untuk membina
rumah bagi golongan berpendapatan rendah, bukannya kediaman berjuta
ringgit. Menurutnya, Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mengaut
keuntungan dari tanah Pulau Pinang yang didakwanya dibeli oleh Kerajaan
Persekutuan pada harga amat rendah.
19. Itu adalah alasan hambar bagi menghalang rakyat Pulau Pinang memiliki rumah kos rendah dan mampu milik.
20. Saya nyatakan sebelum ini bahawa apa juga keuntungan kecil yang
diraih JKP & PERDA (berbanding pelaburan keseluruhan), kalau pun
ada, akan digunakan bagi membina lebih banyak rumah pada masa akan
datang.
21. Tony Pua sepatutnya memahami bahawa strategi silang subsidi
tidak menjadi kesalahan kerana ia turut diamalkan pemaju lain di negara
ini. Apa yang penting ialah ia dapat membantu harga rumah kos rendah dan
mampu milik berada di bawah kadar pasaran.
22. Bagaimanapun, oleh kerana Tony Pua mengingatkan kita bahawa
kerajaan tidak sepatutnya mengaut keuntungan daripada tanah yang dibeli
pada harga murah ketika membina rumah, saya mahu bertanya kepada Tony:
Bukankah benar kerajaan negeri DAP/PR menilai harga tanah di Batu
Kawan pada kadar RM35 – RM45 sekaki persegi sedangkan tanah itu dibeli
daripada orang awam pada harga 35 sen sekaki persegi sebelum ini?
Mengapa DAP tidak menawarkan kepada pemaju supaya mengambil peluang
harga tanah murah itu untuk membina rumah murah bagi rakyat Pulau
Pinang? Mengapa kerajaan DAP/PR mahu mengaut keuntungan besar daripada
tanah murah sedangkan DAP menyedari betapa sukarnya rakyat Pulau Pinang
membeli rumah murah dan mampu milik di negeri itu ketika ini?
23. Di akhirnya, keseluruhan isu berkisar kepada kesungguhan
kerajaan negeri DAP/PR Pulau Pinang. Mereka boleh memberi kelulusan
kepada Kerajaan Persekutuan membina rumah /berkenaan, atau mereka boleh
terus bermain politik dan mencari seribu
24. Itu sebabnya saya meminta pengundi di Permatang Pauh memberi isyarat jelas kepada
kerajaan negeri DAP/PR bahawa mereka sudah jemu dan tiada masa melayan kerenah mengarut kerajaan negeri.
kerajaan negeri DAP/PR bahawa mereka sudah jemu dan tiada masa melayan kerenah mengarut kerajaan negeri.
25. Pengundi perlu menyatakan suara hati mereka kepada kerajaan negeri DAP/PR menerusi pilihan raya kecil ini.
26. Saya meminta pengundi Permatang Pauh memberi ‘pengajaran
politik’ kepada kerajaan negeri DAP/PR dalam pilihan raya kecil ini
supaya pemimpin seperti Tony Pua dan Lim Guan Eng terjaga daripada bulan
madu yang berlanjutan selama 7 tahun dalam menguruskan Pulau Pinang.
Oleh : Dato Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment