Tuesday, May 05, 2015
Pengundi Cina Beri Bayangan Mahu Tukar Angin, Cuba Beri Peluang BN Untuk Tiga Tahun
5 Mei 2015, Permatang Pauh : Menjelang penghujung kempen pilihanraya kecil
Permatang Pauh di sini tinjauan UMNO-Online mendapati rata-rata
masyarakat Cina di kawasan Permatang Pauh memberikan respon positif dan
mahu mengambil peluang di dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh
untuk berubah angin dengan memberikan sokongan terhadap calon Barisan
Nasional (BN), Suhaimi Sabudin.
Ini memandangkan sudah 17 tahun mereka memilih wakil rakyat dari
Parti Keadilan Rakyat (PKR), daripada Datin Seri Dr Wan Azizah, kemudian
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan hari ini kembali kepada Datin Seri
Wan Azizah, namun tidak ada sebarang perubahan yang dilaksanakan di
kawasan ini sepanjang tempoh tersebut.
Menurut Lee Nwa Heng, 50, yang merupakan pengundi di kawasan DUN
Penanti, sudah sampai masanya pengundi di Permatang Pauh, khususnya
masyarakat Cina untuk berubah angin dengan memberikan peluang kepada
calon BN untuk memberikan khidmatnya bagi penduduk di kawasna ini.
“Kita telah berikan peluang kepada wakil rakyat dari PKR selama 17
tahun, namun tidak ada sebarang perubahan dan kemajuan yang dilaksanakan
oleh wakil rakyat itu. Jadi, pada PRK kali ini, saya akan berikan BN
peluang untuk berkhidmat di kawasan ini dan saya yakin, masyarakat Cina
yang lain juga akan turut berbuat perkara yang sama,” ujarnya kepada
UMNO-Online di sini hari ini.
Bagi seorang anak muda yang pertama kali akan mengundi kali ini yang
hanya mahu dikenali sebagi Alex Chong, 22 pula menyifatkan tidak salah
untuk cuba bertukar angin kali ini memandangkan ini hanya pilihanraya
kecil sahaja.
Katanya wakil rakyat yang dipilih kali ini hanya ada masa lebih
kurang tiga tahun dan jika gagal pengundi boleh tukar semula kepada
parti yang asal sebelum ini.
“Tidak ada masalah untuk bagi peluang… kita lihat dulu. Kalau kita
tak cuba kita tak tahu. Mana tahu tempoh lebih kurang tiga tahun yang
kita bagi jauh lebih elok dari dekat 17 tahun kita bagi pada PKR.
“Saya lihat ada kecenderugan untuk ramai pengundi cuba ubah dan tukar kali ini”, katanya.
Perkara ini turut dipersetujui oleh , Soon Teng, 50, di mana kali ini
beliau yakin bahawa masyarakat di Permatang Pauh, khususnya masyarakat
Cina akan memberikan peluang kepada BN untuk membantu membangunkan
kawasan ini.
“Kita sudah lama berikan undi kepada wakil rakyat PKR, namun tidak
ada sebarang perubahan. Malah, kita juga sukar untuk bertemu dengan
wakil rakyat sebab selalu berada di luar kawasan. Jadi, dalam PRK kali
ini, kita akan ambil peluang untuk berikan undi kepada BN dan tengok apa
yang boleh beliau lakukan untuk membantu rakyat di kawasan ini,”
jelasnya.
Manakala bagi Goon Soh Liang, 62, PRK ini merupakan satu peluang
terbaik buat rakyat di kawasan ini untuk merubah suasana politik serta
memilih seorang anak tempatan yang muda dan masih kuat untuk berkhidmat
di kawasan ini.
“PKR masih lagi letak calon yang sama. Kita sudah berikan undi pada
calon yang sama sejak 17 tahun yang lalu. Namun, kita tak nampak ada
perubahan atau kemajuan di sini. Sebab itu, kali ini kita mahu ubah
kerana calon BN bukan saja anak tempatan, tetapi juga orang muda yang
mampu kerja kuat untuk bantu rakyat di sini.
“Saya harap semua pengundi bukan saja di kalangan orang Cina, tetapi
juga Melayu dan India agar dapat berbuat perkara yang sama, untuk
berikan undi kepada calon BN, Suhaimi yang menetap di sini untuk dalam
tempoh tiga tahun untuk buktikan dia mampu bekerja keras untuk membantu
membangunkan serta membawa kemajuan di kawasan ini,”katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment