Wednesday, July 29, 2015
Dasar Alat Memperalatkan… Sebab Itu Pembangkang Sukar Tiru BN – Anuar
29 Julai 2015, Kuala Lumpur : “Kita memang alat dan memperalat satu sama 
lain. Dap peralat kami, kami peralat Dap. Dap peralat PKR, PKR peralat 
Dap. Semua kita alat dan memperalat, yang pentingnya, kita hendak 
menumbangkan UMNO dan BN,” kata Mat Sabu dalam ceramah Jelajah Perdana 
Harapan Baru Peringkat Negeri di Kampung Manjoi baru-baru ini.
Pengakuan Mat Sabu ini jelas memperakui dakwaan banyak pihak sebelum 
ini betapa gabungan dalam pembangkang adalah gabungan yang saling 
peralatkan satu sama lain bukan dibina atas persefahaman dan keikhlasan,
 demikian pandangan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, 
Anuar Shaari.
Jelas Anuar lagi yang membezakan antara mereka adalah siapa yang 
paling bijak memperalatkan dan siapa yang kurang cerdik akan 
diperalatkan.
Oleh kerana dasar alat memperalatkan inilah tegasnya lagi pakatan 
pembangkang sukar untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) yang dibina atas
 persefahaman dan keikhlasan meskipun BN merangkumi 13 parti politik 
yang mewakili pelbagai kaum.
“Kalau kita lihat rekod, walaupun pakatan pembangkang hanya disertai 
tiga parti namun ketiga-tiga parti ini sering bertelagah dalam pelbagai 
isu.  Di Pulau Pinang misalnya Dap tidak melantik seorang pun wakil 
rakyat Pas dalam Exco kerajaan negeri.  Perkara yang sama turut 
dilakukan Pas di Kedah sebelum PRU13 lalu di mana tiada seorang pun 
wakil rakyat Dap dalam jawatan Exco kerajaan negeri.
“Inilah dasar alat memperalatkan pakatan pembangkang…. selepas dapat 
kuasa masing-masing akan mengenakan satu sama lain.  Ini berbeza dengan 
BN, suatu ketika dahulu ketika BN menguasai Pulau Pinang, walaupun MIC 
hanya menang satu kawasan namun wakil rakyat MIC tetap dilantik dalam 
jawatan Exco kerajaan negeri.  Ini pemuafakatan dan keikhlasan gabungan 
BN di mana semua parti saling bantu membantu tidak kira parti itu lemah 
atau kuat”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Begitu juga tambah beliau lagi walaupun prestasi MCA , Gerakan dan 
MIC merosot dalam PRU13 yang lalu, namun dalam pentadbiran kerajaan BN 
wakil rakyat parti tersebut masih lagi diberikan banyak tempat dalam 
kabinet kerajaan.
Justeru jelas beliau lagi, kenyataan terbaru Mat Sabu itu hanyalah 
mengesahkan lagi tanggapan banyak pihak sebelum ini bahawa pakatan dalam
 pakatan pembangkang adalah pakatan yang rapuh, pakatan yang penuh 
sandiwara, pakatan yang saling tunggang menunggang antara satu sama lain
 di mana yang lemah, yang kurang cerdik akan dipergunakan demi 
kepentingan serta agenda sempit parti masing-masing.
“Jadi kita tidak terkejut bila mereka saling meletak calon 
masing-masing dalam pilihan raya. Begitu juga dalam tindakan saman 
menyaman di mana Pas sanggup saman Dap, Dap saman Pas, Pas saman PKR.
“Perkara yang sama akan terus berulang walaupun pakatan pembangkang 
selepas ini dikatakan akan menendang Pas keluar dan menggantikan dengan 
parti GHB. Politik yang mereka amalkan tetap sama… yang lemah, yang 
kurang cerdik akan jadi mangsa parti yang licik perdayakan rakan 
mereka”, ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment