Wednesday, July 29, 2015
Muhyiddin Dinasihatkan Agar Jangan Kecewa...
Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruldin memaklumkan Tan Sri 
Muhyiddin Yassin yang baharu sahaja digugurkan dari jawatan Timbalan 
Perdana Menteri masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno.
Oleh itu, Muhyiddin walaupun tidak mempunyai jawatan dalam kabinet, 
beliau masih diperlukan dalam parti untuk memperkukuhkan parti serta 
menarik lebih ramai lagi pengundi untuk memberi sokongan kepada parti.
"Yang penting dia masih Timbalan Presiden Umno, walaupun dia tidak 
menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi dia masih lagi Timbalan Presiden
 Umno.
"Beliau seorang pemimpin yang lama di dalam Umno dan saya yakin beliau 
akan terus bersama-sama Presiden Parti untuk terus memperjuangkan, 
mempertahankan dan memperkukuh Umno," kata Badruddin ketika ditemui di 
Majlis Rumah Terbuka Tabung Haji di Dewan Perdana Felda.
Badruddin dalam masa sama turut menasihati Muhyiddin serta penyokongnya 
agar terus bersama parti untuk berjuang dalam parti bagi meneruskan 
perjuangan nenek moyang mereka selama ini.
Beliau menjelaskan, perjuangan bukanlah hanya diatas jawatan 
semata-mata, tetapi perlulah disemai dalam hati walaupun tidak mempunyai
 apa-apa jawatan disandang
Justeru itu, beliau berharap Muhyiddin serta penyokongnya dapat memberi 
sokongan terhadap Umno untuk terus memperjuangkan hak rakyat.
"Pemimpin datang dan pergi bukan bermakna kita tak mahu lagi tetapi hari
 ini kita nak perkukuhkan parti untuk menghadapi pilihan raya akan 
datang.
"Jadi bermuafakatlah. Jangan ada syak wasangka di antara ahli Umno. Kita
 harus ingat sumpahan datuk nenek moyang kita dahulu yang berjuang untuk
 Umno dalam keadaan cukup perit," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment