Wednesday, July 29, 2015
Cuepacs Sokong Rombakan Kabinet Mantapkan Pentadbiran Kerajaan
KUALA LUMPUR : Cuepacs mengalu-alukan rombakan kabinet yang diumumkan 
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa ke arah 
memantapkan lagi pentadbiran kerajaan.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata: "Apa yang dibuat oleh Perdana 
Menteri, saya ingat ia ke arah kebaikan bukan untuk menyisihkan sesiapa,
 tetapi hendak memantapkan pentadbiran kerajaan dan Cuepacs daripada 
dahulu lagi tetap teguh bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri".
Cuepacs telah tegaskan bahawa kami menyokong apa jua perancangan, apa 
jua dasar, apa jua tindakan yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri," 
katanya.
Pada pendapat kami, rombakan ini ataupun penyusunan ini perlu dibuat 
enam atau tujuh bulan dahulu, bukan sekarang dan kalau kerajaan tidak 
stabil, macam mana keadaan kami penjawat awam ini?, katanya pada majlis 
sambutan Hari Raya Aidilfitri Cuepacs di sini, Rabu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Azih berkata Cuepacs yakin barisan kabinet baharu yang dibentuk oleh 
Perdana Menteri semalam akan lebih bekerjasama, lebih erat, berpadu 
dalam satu wadah dan matlamat untuk menjadi kerajaan yang lebih kukuh.
"Pertama kita mahu sebuah negara yang aman damai. Kedua kita tak nak 
supaya dalam negara ini ada huru-hara dari segi pertembungan dan 
perbalahan politik yang akhirnya mengheret rakyat sama ada ke jalan 
raya, dan menggunakan pena ataupun menggunakan hujung jari mereka untuk 
menjatuhkan kerajaan. Ini tidak bagus.
"Kita tahu kalau negara kita Malaysia sebuah negara yang majmuk, 
berbilang kaum, berbilang agama dan berbagai-bagai budaya jika mereka 
ini tidak disatukan dalam kekuatan pentadbiran kerajaan saya amat 
bimbang," katanya.
Beliau yakin tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri bertujuan untuk 
memastikan bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat dapat memberi 
perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment