Thursday, July 30, 2015
Tangkap PM...MB Negeri Sembilan Nafi Itu Rakaman Suaranya... Video Live Orang Tak Percaya... Inikah Pula Suara?
Kalau dengar rakaman suara ini yang disebar di media sosial...jangan percaya.
Suara itu antara lain gesa polis tangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pasal isu 1MDB.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan Khamis mengeluarkan satu kenyataan menafikan itu adalah suaranya.
”Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh
pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai YAB Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang memuatkan kenyataan oleh
seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari
suara saya.
“ Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena langsung
dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu.
“ Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan,
terutama latar belakang bapa kepada individu terbabit ialah seorang
guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.
“Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya,
cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan
pemimpin-pemimpin lain, baik di dalam parti UMNO mahupun dalam
kerajaan.“Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan
pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak
bertanggungjawab terhadap saya,”katanya dalam kenyataan itu.
ps... Jangan risau MB sekarang ni macam-macam scam, skandal, slander
ada dalam blogs, tak payah respond lah mereka tu kita tahu pencacai
Anwar atau pembangkang. biar mereka salak gunung tidak akan runtuh.
bloggers yang idak bertanggung jawab ini macam anjing liar tidak
berlesen.adakala kita dengan bunyi salakan tetapi anjingnya tak
nampak.nama pun fitnah Allah tidak akan redha sama sekali.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment