Thursday, July 30, 2015
Amaran Keras..... Ahli PAS Hadiri Program GHB Akan Dirujuk Kepada Lembaga Disiplin Parti - Hadi
KUALA NERUS : PAS akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin dan
anggota parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran Gerakan Harapan
Baharu (GHB), kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya PAS sentiasa memantau penyertaan anggota Parlimennya terhadap
program berkenaan dan jika ada, PAS tidak akan teragak-agak untuk
merujuk mereka kepada lembaga disiplin parti.
"Semalam kita buat kenyataan, kita memberitahu supaya ahli-ahli Parlimen
PAS dan pimpinan PAS tidak menyertai program ini. Ini di luar daripada
PAS dan dianggap tindakan negatif terhadap PAS.
Kita beri amaran agar mereka tidak menghadiri majlis-majlis macam ini.
Pada masa yang sama, kita masih menunggu (laporan lengkap pembabitan
anggotanya ke program itu) daripada negeri-negeri," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Ihtifal Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul
Iman, di Batu Enam di sini, Khamis.
Beliau mengulas tindakan GHB yang diketuai bekas timbalan presiden PAS,
Mohamad Sabu yang kini sibuk menjelajah ke seluruh negara dan esok
program itu akan diadakan di Besut.
Abdul Hadi berkata, hasil laporan daripada PAS di seluruh negara,
pihaknya akan mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya ke atas mereka
yang berkenaan sambil mengingatkan anggota parti akur dengan kehendak
parti.
Sementara itu, beliau berkata masih terlalu awal bagi PAS untuk
menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu yang diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment