Thursday, July 30, 2015
Awas Pusat Judi... Zahid Arah Polis Perangi 100 Peratus
Kerajaan tidak akan berkompromi lagi dalam usaha membenteras pusat-pusat
 perjudian di seluruh negara yang tumbuh kembali selepas operasi yang 
dijalankan oleh pihak polis.
Jadi awas...Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu
 semalam,Selasa beliau telah mengarahkan polis melancarkan perang 100 
peratus menghapuskannya.
“Saya harap kepada ketua polis negeri seluruh negara. Ini arahan menteri
 dalam negeri. Hapuskan. Mulai semalam saya minta hapuskan 100%,” 
katanya.
Berkata kegiatan itu perlu diperangi 100 peratus dan beliau tidak akan 
berkompromi dengan pihak yang cuba melindungi kegiatan judi termasuk 
anggota dan pegawai polis.
"Empat bulan sudah langkah-langkah kita lakukan dengan hebat melalui Ops
 Cantas Khas, kita lakukan pembersihan (pusat perjudian) tapi saya dapat
 laporan tumbuh kembali,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis 
Jamuan Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, di Kuala Lumpur,Rabu
 malam.
Serentak dengan itu beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memberi amaran
 tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba melindungi kegiatan judi 
termasuk anggota dan pegawai polis.
"Bukan sekadar amaran, mana-mana pegawai dan anggota polis, individu, 
NGO atau kumpulan tertentu yang memberikan perlindungan kepada 
rumah-rumah judi tidak akan pernah terlepas daripada tindakan," 
tegasnya.
Zahid berkata tidak ada satu bangsa atau agama atau individu yang 
rasional yang bersetuju jika aktiviti perjudian dibiarkan berleluasa.
“Keluarga menjadi retak porak-peranda dengan wang yang sepatutnya 
digunakan untuk perbelanjaan isi rumah tetapi digunakan kepada aktiviti 
perjudian. Yang untung tauke judi,” katanya. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment