Wednesday, July 29, 2015
Pembangkang “Double Standard” Dalam Menghukum Seseorang – Zainal Rafique
29 Julai 2015, Kuala Lumpur : Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk 
Zainal Rafique menyelar sikap pembangkang yang seringkali bersikap bias 
atau “double standard” dan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman 
terutama terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), 
apabila timbulnya satu-satu tuduhan yang melibatkan salah guna kuasa, 
rasuah, isu moral dan sebagainya.
Sedangkan menurut beliau, para pemimpin pembangkang juga tidak 
terlepas dari perkara-perkara tersebut, malah ada yang telah dibuktikan 
bersalah namun tetap dipertahankan oleh pihak pembangkang dengan 
menyalahkan pihak lain, khususnya UMNO yang kononnya pemimpin mereka itu
 difitnah dan sebagainya.
“Apabila ada pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan isu-isu salah
 laku, rasuah dan sebagainya, pihak pembangkang sedaya upaya akan 
membela dengan mengatakan  seseorang itu tidak bersalah selagi belum 
dibuktikan bersalah.
“Malah pembelaan mereka itu sehingga ke tahap ada juga pemimpin 
pembangkang yang sudah pun didapati bersalah, tetapi tetap dianggap 
tidak bersalah dan terus dibela dengan pelbagai andaian kononnya 
dianiaya, konspirasi dan sebagainya, contohnya seperti kes bekas ketua 
pembangkang, Anwar Ibrahim.
“Namun apabila kena pada pemimpin UMNO,  baru saja dikaitkan dengan 
isu penyelewengan atau lain-lain, pihak pembangkang segera menyebarkan 
tuduhan itu sekaligus bertindak seolah-olah menghukum pemimpin UMNO atau
 BN yang dikaitkan dengan tuduhan itu telah dibuktikan bersalah.
“Sedangkan pemimpin itu baru saja dikaitkan dan belum lagi dibuktikan
 bersalah. Berdasarkan perkara ini,  jelas memperlihatkan sikap mereka 
yang bias dengan menjatuhkan hukuman terhadap seseorang itu berdasarkan 
parti dan bukannya berdasarkan prinsip keadilan,”jelasnye kepada 
UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, sikap pembangkang ini sudah cukup untuk 
memperlihatkan berat sebelah dan hanya akan membela serta mempertahankan
 individu atau pemimpin yang hanya akan memberikan keuntungan bagi 
survival politik mereka.
“Bagi saya, kita harus sentiasa berpegang pada prinsip ini  iaitu 
jangan terlibat dalam menghukum orang secara umum selagi seseorang itu 
belum di dapati bersalah. Kalau sudah didapati bersalah, maka  hendaklah
 kita menghukum  kesalahan.
“Kalau seorang bersalah, maka hanya seorang sahajalah yang salah. 
Jangan menghukum keseluruhan parti. Salah individu bererti salah 
individu dan bukan salah parti. Sebab itu janganlah kita menghukum 
secara tidak adil. Namun sikap ini tidak ada pembangkang. Mereka amat 
suka menjatuhkan hukum,biarpun seseorang itu belum didapati bersalah.
“Sikap pembangkang inilah yang menyebabkan timbulnya banyak desas 
desus yang akhirnya boleh menjurus kepada fitnah yang boleh mengundang 
persepsi negatif serta penganiyaan sekiranya orang yang dituduh itu 
tidak bersalah,” akhiri beliau.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment