Wednesday, July 29, 2015
Adakah Mukhriz Anggap Najib Dan Pemimpin UMNO Lain Tak Mengenang Jasa?
Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir menjelaskan tindakannya 
bergegas ke rumah TS Muhyiddin selepas Timbalan Presiden UMNO tersebut 
digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, adalah sebagai perkara
 biasa.
Menerusi kenyataan media beliau, Mukhriz menyifatkan tujuan lawatan 
tersebut hanyalah untuk mengucapkan terima kasih kepada TS Muhyiddin. 
Selain itu, Mukhriz juga turut menyatakan bahawa dirinya merupakan 
seorang yang jenis mengenang jasa.
"Saya ni jenis orang yg kenang jasa, seperti mana yg kita tahu, Tan Sri 
Muhyiddin, memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, malah sebelum itu 
pun, banyak membantu kita di Kedah. 
"Bukan hanya sebagai Menteri Pelajaran, yang mana banyak sekolah-sekolah
 kita, mendapat manfaat daripada kelulusan peruntukan dan sebagainya di 
Kedah ini, tetapi selain itu contohnya Yayasan Pondok Kedah, kita ada 
sedikit peruntukan untuk sara hidup pelajar-pelajar sekolah agama rakyat
 yang beragama penuh itu juga kelulusan sewaktu beliau memegang jawatan 
Timbalan Perdana Menteri. 
"Atas sebab itu saya terpanggil untuk sekurang-kurangnya, berjumpa 
dengan beliau bagi mengucapkan terima kasih atas semua jasa beliau 
keatas negeri Kedah ini. kata beliau"
Kenyataan Mukhriz ini sebenarnya sangat bahaya dan mudah disalah ertikan oleh rakyat khususnya ahli-ahli UMNO.
Jika dikira mengenang jasa seperti kata Mukhriz, apakah Menteri Besar di
 negeri-negeri lain yang tidak hadir ke rumah Muhyiddin semalam, adalah 
jenis individu yang tak mengenang jasa?
Apakah semua pemimpin UMNO yang tidak berkunjung ke rumah Muhyiddin boleh dianggap tidak tahu mengenang jasa seperti Mukhriz?
Dan bagaimana pula jika ada yang membandingkan kenyataan Mukhriz 
tersebut dengan Perdana Menteri? Apakah Perdana Menteri jenis yang tidak
 mengenang jasa kerana sanggup menggugurkan TS Muhyiddin yang Mukhriz 
anggap berjasa besar kepada rakyat?
Dan apabila ditanya mengenai rombakan kabinet yang dilakukan, Mukhriz hanya menjawab pendek..
"Sudah tentu Perdana Menteri telah menilai sebaik mungkin untuk membuat 
keputusan, dan memikir masak-masaknya, mengenai keadaan kerajaan dan 
politik seperti mana beliau nyatakan semalam. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment