Wednesday, July 29, 2015
Nizar Tiada Hasrat Kosongkan Kerusi DUN Changkat Jering... Takut Kalah Ker?
IPOH : Ketua pembangkang Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin,
tidak berhasrat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat
Jering walaupun sudah hampir pasti meninggalkan PAS bagi menyertai
parti Islam baharu yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Beliau yang juga Timbalan Penyelaras Gerakan Harapan Baru (GHB) Perak,
berkata beliau menjangka akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di
DUN berkenaan di bawah nama parti politik baharu walaupun ia menyalahi
baiah yang dibuat ketika bertanding di bawah PAS sebelum ini.
Mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di DUN Perak, beliau
menyerahkan kepada semua wakil rakyat pembangkang untuk membuat
keputusan mengenainya.
"Setakat ini, saya masih memegang jawatan berkenaan kerana semua wakil
rakyat pembangkang mahu saya terus menyandangnya," katanya yang juga
bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika ditemui pada Siri Jelajah
Perdana GHB di Kampung Manjoi di sini malam tadi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment