Thursday, July 30, 2015
GHB Adalah Rangka Permainan Survival Politik DAP
PULAU PINANG : Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal 
Abdul Rahim percaya biar apa pun alasan yang diberikan kewujudan  parti 
yang baru menerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) adalah rangka permainan 
politik yang digerakkan Dap beberapa tahun lalu.
Ujarnya, selepas Dap melihat sukar untuk mengawal dan mempergunakan 
Pas, usaha memecahbelahkan parti itu terus dijalankan dan akhirnya 
tertubuhlah GHB yang wujud daripada pemimpin-pemimpin yang kecewa 
merebut jawatan dalam Pas.
“Jika kita lihat siapa yang ada dalam GHB, maka kita tidak akan 
hairan jika GHB akan sentiasa bersedia untuk setia berkhidmat bagi Dap. 
GHB adalah parti ciptaan dan tajaan Dap.
“Maka sudah pasti parti itu akan beroperasi seakan-akan sayap Dap,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Namun apa yang penting ujar Rafizal, adakah pemimpin Pas yang 
menyertai GHB sanggup untuk melepaskan jawatan kerana mereka telah 
mengkhianati amanat pengundi mereka semasa Pilihan Raya Umum (PRU) yang 
lalu.
“Mereka telah khianat kepada amanah rakyat. Maka mereka perlu 
melepaskan jawatan dan lihat adakah rakyat akan tetap memilih mereka.
“Atau mereka bersikap pengecut tetapi bersuara lantang dek kerana mengikut telunjuk Dap,” ujarnya lagi.
GHB ditubuhkan kononnya kerana kecewa dengan perjuangan Pas yang 
dikatakan semakin tidak relevan dan cenderung untuk berkerjasama dengan 
UMNO.
Namun hakikatnya ramai yang mengetahui bahawa GHB adalah gerakan yang
 ‘diwujudkan’ kerana Dap mahu terus mendapatkan sokongan yang sebelum 
ini diperolehi menerusi Pas.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment