Wednesday, July 29, 2015
Ostazah Aishah Anggap DS Zahid Hamidi "HAMPEH"..!!!
Ketika ramai dikalangan wakil pembangkang serta para penyokongnya
mengharapkan kemunculan seorang Perdana Menteri baru dengan pelbagai isu
yang melanda kerajaan khususnya isu 1MDB, mereka dikejutkan dengan
berita Malaysia menerima Timbalan Perdana Menteri yang baru.
Diantara wakil pembangkang yang agak "meroyan" dengan pertukaran
Timbalan Perdana Menteri tersebut adalah penceramah bebas PAS, Aishah.
Beliau bukan saja mempertikaikan pengguguran Muhyiddin, tetapi Aishah
juga mendakwa Timbalan Perdana Menteri yang baru adalah "hampeh" yang
bermaksud tak boleh diharap.
Menulis sebaris ayat dalam Facebook, Aishah mencatat:
“Minta tukar perdana menteri, dapat timbalan menteri baru. Mungkin mesej rakyat belum jelas lagi.”
Kira-kira dua jam kemudian Aishah mencoret lagi:
"Patah tumbuh hilang berganti...yg patah pun jahanam yg ganti pun hampeh...yg seksanya rakyat!!!"
Sebelum ini Aishah - bekas calon PAS dalam pilihan raya umum lalu -
memuat naik statusnya yang mencadangkan supaya kajian dibuat untuk
mengetahui berapa ramai rakyat Malaysia mahukan perdana menteri baru.
Sebelum Aishah, terdapat beberapa wakil pembangkang menganggap
pengguguran TS Muhyiddin Yasin adalah permainan politik kotor oleh
Perdana Menteri. Ada diantara mereka menawarkan jawatan tertinggi
didalam kumpulan mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment