Friday, July 31, 2015
Semua Penyokong GHB Wajib Ikut Demo BERSIH 4.0.. - Mat Sabu
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu mengarahkan semua 
penyokong GHB untuk sama-sama menyertai demonstrasi BERSIH yang adakan 
diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan jolokan Mat Sabu berkata, semua 
penyokong GHB diminta untuk sama-sama menyertai demonstrasi tersebut 
bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir 
negara sehingga diadakan pilihan raya bebas kononnya demi menyelamatkan 
Malaysia.
Beliau memaklumkan, keadaan negara pada ketika ini amat tenat dan perlu 
digantikan pentadbirannya oleh parti pembangkang bagi merawat keadaan 
'tenat' tersebut.
Mat Sabu turut memaklumkan, perhimpunan itu akan diadakan pada 29 dan 30
 Ogos ini secara serentak di tiga buah lokasi iaitu di Kuala Lumpur, 
Kuching dan Kot Kinabalu.
"Negara dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk.
"Hutang negara pada 2015 berjumlah RM847.9 bilion sudah meningkat 
sehingga 63.8 peratus daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi 
seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST, ketidaktelusan dalam 
urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan." kata
 Mat Sabu.
Benarkah ekonomi Malaysia kini berada dalam keadaan tenat?? Jika benar 
sudah pasti Malaysia telah di isytiharkan sebagai negara yang telah 
bankrup kerana sarat dengan hutang.
Tetapi, apa yang sebaliknya adalah Malaysia kini kian berada di mata 
dunia apabila berjaya melonjak kedudukan teratas dalam pelbagai bidang 
pengurusan negara. Adakah dengan peningkatan yang diiktiraf dunia ini 
masih dianggap Malaysia kini berada dalam keadaan tenat??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment