
Thursday, July 30, 2015
MH370: Lokasi Penemuan Serpihan Konsisten Dengan Analisis Data - JACC
PETALING JAYA : Pihak berkuasa Australia berkata lokasi penemuan serpihan
 pesawat di Pulau Reunion, timur lautan Hindi, konsisten dengan analisis
 data bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berakhir di 
selatan Lautan Hindi.

"Sekiranya serpihan yang ditemui di Pulau Reunion itu disahkan milik 
MH370, ia akan konsisten dengan analisis data bahawa pesawat itu 
berakhir di selatan Lautan Hindi.
"Serpihan tersebut akan diteliti pakar untuk mengenal pasti 
asal-usulnya. Malaysia bertanggungjawab dalam siasatan dan menguruskan 
pemeriksaan tersebut dengan bantuan Boeing," kata Pusat Penyelarasan 
Agensi Bersama Australia (JACC) dalam satu kenyataan pada Khamis.
JACC juga berkata sebarang bukti penemuan terbaharu akan digunakan untuk terus memperbaiki usaha pencarian pesawat tersebut.
Pulau Reunion adalah sebuah kepulauan di Perancis yang terletak di 
Lautan Hindi, kira-kira 175 kilometer (km) dari barat daya kepulauan 
Mauritius manakala 900km dari Madagascar, di luar pantai timur Afrika. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment