Wednesday, July 29, 2015
Mahathir Akan Bersama Mat Sabu Terajui GHB?
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu berharap bekas 
perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat bersamanya dalam GHB 
untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umu akan datang.
Bekas timbalan presiden Pas itu berkata, beliau mengalu-alukan bekas 
perdana menteri itu menyertai parti baharu itu, malah akan memberi 
jawatan tinggi kepadanya dalam GHB.
Beliau turut bergurau dengan mengatakan jika Mahathir lambat memberi 
respon untuk menyertai GHB, maka Mahathir terpaksa menjadi pengikut dan 
bukan lagi sebagai pemimpin parti itu.
"Kalau masuk lewat, kena duduk belakanglah sebagai pengikut, bukan 
sebagai pemimpin," kata Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat 
Sabu.
Mat Sabu turut memaklumkan, beliau mengalu-alukan Mahathir perlu 
menyertai GHB adalah kerana parti baharu itu merupakan sebuah parti yang
 kuat dan kukuh setelah mendapat sokongan dari PKR dan DAP.
"Parti baru ini akan bekerjasama dengan PKR, DAP, semua pertubuhan bukan
 kerajaan (NGO) dan menjadi sumber inpirasi pelajar universiti," 
katanya.
Adakah Mahathir akan menyertai parti Mat Sabu ini untuk menawan 
Putarajaya pada PRU akan datang?? Mampukah GHB ini bertahan lama 
walaupun hanya mendapat sokongan dari DAP dan PKR tanpa restu Pas??
Adakah Mahathir yang telah memutuskan akan bersara dari arena politik 
mahu kembali ke dunia politik semata-mata ingin mengejar politik 
peribadinya??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment