Wednesday, July 29, 2015
Dr Yusuf Qardawi Perlu Nasihati GHB Elak Perpecahan.... Kuasa Punca Pasal Sanggup Lakukan Apa Saja
Isu beberapa pemimpin PAS yang ditewaskan dalam pemilihan parti itu 
bulan lalu dan kini giat berusaha menubuhkan sebuah parti Islam baru 
mungkin sudah menjadi perhatian dunia.
Setidak-tidaknya ia tentu sudah sampai ke pengetahuan ulama tersohor, 
 Dr Yusuf al Qaradawi yang memang sentiasa peka akan perkembangan 
gerakan Islam seluruh dunia.
Sempena aidil fitri minggu lalu, beliau mengutus salam Syawal 1436 
kepada presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seraya meletakkan 
harapan tinggi kepada kepemimpinan beliau menerajui perjuangan Islam di 
Malaysia.
Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu percaya Presiden PAS itu akan berhasil 
“mengemudi bahtera perubahan umat Islam dan rakyat Malaysia secara 
khususnya.”
“Kita merafakkan doa kepada Allah agar menjadikan hari raya ini membawa 
berita gembira yang baik serta dilimpahi keberkatan dan dipermudahkan 
segala urusan dan diberikan kemenangan kepada pihak tuan dan seluruh 
umat Islam," kata Dr Yusuf dalam ucapan Hari Raya beliau.
Perihal ulama besar itu bertukar salam dan ucapan dengan Haji Hadi itu 
mungkin didorong oleh hakikat bahawa Hadi adalah naib presiden Kesatuan 
Ulama Sedunia yang dipimpinnya.
Mungkin Dr Yusuf peka kemelut yang Hadi depani kini 
Mungkin juga perutusan itu adalah isyarat bahawa beliau maklum mehnah 
atau ujian getir yang sedang dihadapi oleh Haji Hadi yang digerakkan 
oleh pasukan yang ‘merajuk dan kecewa’ kerana tidak dipilih dalam 
muktamar lalu.
Apapun Dr Yusuf memang mempunyai jaringan sumber maklumat untuk memahami
 selok belok dan sifir politik yang melanda gerakan seluruh dunia.
Beliau kini termasuk dalam senarai ulama dunia yang paling dikehendaki 
oleh beberapa kerajaan kuasa besar dan juga kerajaan Mesir kerana 
dituduh mencampuri dan menghasut menjatuhkan regim zalim di negara itu.
Kali terakhir Dr Yusuf dikatakan mengambil berat perihal perkembangan 
politik di Malaysia ialah sebelum pilihan raya umum lalu apabila beliau 
dilaporkan menulis surat terbuka kepada pemimpin PAS dan DAP.
Kandungan surat berkenaan dikatakan menghuraikan hujah mengapa pada 
pengamatannya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus diangkat 
menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum 
itu.
Hubungan Dr Yusuf dan Haji Hadi tetap utuh
Bagaimanapun pengedaran surat berkenaan tidak mengubah pendirian Pakatan
 Rakyat, khususnya PAS, yang lebih cenderung menunggu hingga PRU 
berkenaan selesai dan kemenangan benar-benar sudah dicapai.
Pendirian PAS itu menyebabkan modal untuk mengisytiharkan kabinet 
bayangan Pakatan itu tidak dapat digunakan. Ini mengurangkan keyakinan 
rakyat terhadap tahap keseriusan pakatan itu mahu menjadi pengganti 
Umno-Barisan Nasional.
Sebenarnya, pendirian PAS itu tidak sedikitpun menggugah jalinan 
perhubungan Dr Yusuf dengan Haji Hadi seperti yang cuba digambarkan oleh
 beberapa pihak tertentu kerana Hadi dikatakan sudah “menyanggah” 
pendirian Dr Yusuf itu.
Ini menguatkan andaian beberapa pihak bahawa Dr Yusuf sebenarnya tidak pernah menulis surat sedemikian.
Pihak berkenaan menganggap ia dilakar untuk memenuhi strategi PRU 13 
demi menonjolkan Anwar calon perdana menteri yang kononnya mendapat 
restu Dr Yusuf al Qaradawi dan dunia Islam.
Sebaliknya, dalam persidangan Kesatuan Ulama Sedunia yang berlangsung 
selepas PRU 13, presiden PAS itu pula dilantik untuk menjadi Naib 
Presiden kepada Dr Yusuf dalam kesatuan sedunia itu.
Rasanya memang wajar Dr Yusuf memberi pandangan dan merangsang kata-kata
 perjuangan kepada Hadi dalam situasi politik Malaysia hari ini kerana 
apa yang dihadapi Hadi kini ialah cabaran dari dalam jemaah.
Jangan berimankan orang kafir, pesan Dr Yusuf
Yang nyata Dr Yusuf perlu mengingatkan semua pihak yang mahu melakar 
sejarah menubuhkan sebuah parti Islam baru dalam konteks politik 
Malaysia hari ini sebenarnya agak bersilang dengan perintah Allah s.w.t.
“Janganlah orang-orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin (auliyah atau wali), melainkan orang-orang beriman.
“Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh 
apa-apapun daripada Allah, kecuali kerana (siasah) menjaga diri daripada
 sesuatu yang kamu takutkan daripada mereka.
“Dan Allah mengingatkan kamu akan diri (seksa)Nya, dan hanya kepada Allah tempat kembali.” (Surah Al Imran ayat 28).
Sebelum nasi menjadi bubur, nasihat Dr Yusuf juga amat diperlukan untuk menghuraikan maksud ayat berikut:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang 
Yahudi dan Nasrani sebagai teman (setiamu); mereka satu sama lain saling
 melindungi.
“Barangsiapa di antara kamu menjadikan mereka teman setia, maka 
sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak 
memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Surah al Maidah ayat 
51).
Simpulan konspirasi musuh Islam mungkin lebih mudah difahami jika 
dihuraikan oleh Dr Yusuf; lebih-lebih lagi jika diambilkira bahawa 
golongan yang mahu mengorak langkah yang pasti melemahkan kesatuan dan 
perpaduan ummah bukanlah muka baru dalam bidang dakwah.
Mungkin juga huraian beliau berhubung mesej Allah dalam mengatur 
strategi asas pergerakan Islam seperti dalam surah Al Saff akan 
membangkitkan kesedaran di kalangan golongan ini betapa tindakan mereka 
boleh merobek perpaduan umat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukan!
“Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela 
agamaNya, dalam barisan teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan
 yang tersusun kukuh.” (Surah Al-Saff ayat 2-4).
Sudah tentu Dr Yusuf lebih mampu menafsirkan mesej ini dengan lebih bening dan bernas.
Semoga ini akan menyedarkan G-18 betapa mereka kini sedang menyanggah 
perintah Allah supaya berperang di jalanNya bak bangunan tersusun rapi…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment