Wednesday, July 29, 2015
Isu Video Muhyiddin - Ini Penjelasan Dari Menteri..
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang 
baharu, Datuk Ahmad Maslan hari ini tampil membidas tindakan Tan Sri 
Muhyiddin Yassin yang menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 
mengakui dana berjumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank 
peribadinya dengan mengatakan tuduhan itu tidak benar.
Ahmad Maslan berkata, tuduhan yang dilakukan oleh bekas timbalan perdana
 menteri itu tidak benar kerana Najib telah menjelaskan mengenai dana 
itu dalam mesyuarat yang diadakan.
"Tidak betul. Tidak ada pengaliran wang ke akaun Perdana Menteri dan 
sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami
 Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu," kata Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan turut menyelar tindakan Muhyiddin yang mengatakan Barisan 
Nasional (BN) akan kalah jika pilihan raya diadakan esok dengan 
mengatakan sebagai seorang timbalan perdana menteri merangkap timbalan 
presiden Umno, Muhyiddin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan begitu.
Ahmad Maslan berkata, Muhyiddin sewajarnya mengeluarkan jawapan yang 
lebih mempertahankan parti daripada mengeluarkan kenyataan yang akan 
memecah-belahkan parti.
Tambahnya, jika beliau disoal adakah BN akan kalah jika pilihan raya 
diadakan esok, beliau akan menjawab pilihan raya tidak akan diadakan 
esok dan akan diadakan bila sampai tempoh pilihan raya perlu diadakan.
"Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya boleh atau tidak Barisan 
Nasional menang, saya menjawab esok tidak lagi pilihan raya.. itu 
jawapan saya.
"Esok persiapan untuk pilihan raya. Kalau ada pimpinan mengatakan, jika 
esok pilihan raya Barisan Nasional akan kalah, saya berpandangan 
berbeza. Esok tidak ada pilihan raya. Pilihan Raya mungkin 2018.
"Oleh itu, persiapan perlu dibuat dengan pemantapan parti dan jika kita 
bersatu pembangkang berpecah belah.. yang bersatu akan menang, yang 
berpecah belah akan kalah. Oleh kerana itu jangan kita berpecah belah," 
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment