Wednesday, July 29, 2015
Syabas Orang Sabah....Salleh Umum Letak Jawatan Speaker DUN Sabah
KOTA KINABALU : Datuk Seri Salleh Said Keruak sebentar tadi mengumumkan
peletakan jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah
berkuat kuasa serta merta, sejajar pelantikannya sebagai Menteri
Komunikasi dan Multimedia.
Pelantikan sebagai menteri itu diumumkan dalam rombakan Kabinet
Persekutuan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tengah hari
tadi.
Ditemui di rumahnya, di Likas, dekat sini, Salleh yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Usukan, berkata pelantikannya adalah satu amanah
besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab terutama dalam
membentuk sebuah kerajaan yang kuat.
"Sebagai pemimpin politik, saya akan buat yang terbaik dalam mengukuhkan
kerajaan pimpinan Perdana Menteri menerusi kerja berpasukan. Saya
berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana dibawa menyertai
Kabinetnya.
"Saya yakin Kabinet baru ini mampu menjadi satu pasukan yang kuat dalam
memastikan agenda pembangunan dan pembaharuan negara dapat dilaksanakan
dengan sebaik mungkin," katanya.
Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dilantik menggantikan Datuk
Seri Ahmad Shabery Cheek yang berpindah sebagai Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani.
Mengulasnya tanggungjawabnya dalam kementerian yang diamanahkan, Salleh
yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata
beliau akan meneruskan dasar yang dilaksanakan menteri sebelum ini dan
mengukuhkan lagi usaha menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment