Wednesday, July 29, 2015
Ada Pemimpin Bakal 'Hilang' Isteri
Ini bermakna jika wakil-wakil rakyat PAS mahu bersekongkol dengan
kumpulan kecewa kerana tewas dalam pemilihan muktamar lalu menubuhkan
parti baru menyaingi PAS, mereka akan ‘kehilangan’ isteri masing-masing.
Yang paling terpukul akan baiah ini ialah bekas Setiausaha Agung PAS,
Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang kerusi Tumpat. Yang menyedihkan
ialah isteri beliau kini baru dinikahi setelah isteri pertamanya
meninggal dunia.
Selain itu bekas Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli yang menjadi
Ahli Parlimen Kuala Krai juga akan perlu mengalami nasib bermufarakah
dengan isterinya. Betapa hibanya keluarga kedua-dua pemimpin ini kelak.
“Atas nama kawan, saya sangat simpati kadang-kadang saya rasa kasihan
walaupun kadang-kadang mereka lebih umur daripada saya, saya hendak
nasihat kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan.
“Kalau Allah boleh ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab, kita dalam
PAS boleh maafkan kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan..
kami pun tidak untung apa,” kata Dr Nik Zawawi.
Dengan nada memujuk, beliau merakamkan simpati dan rasa kasihan terhadap
mereka yang bertindak di ‘luar batasan agama’ ini bahawasanya mereka
tidak akan selamat di dunia dan akan dihina masyarakat.
“Kita mati jawab di hadapan Allah. (Ini) satu benda yang sangat besar,” katanya.
Yang nyata ialah, soal niat, pemikiran dan tindakan setiap muslim itu
ada batas dan adabnya. Sesungguhnya hakikat inilah yang amat payah
difahami oleh pelaku politik dari parti lain, terutama DAP.
Mujur perkara bai’ah ini dibangkitkan di peringkat awal usaha menubuhkan
parti Islam baru di atas inisiatif Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dari
mula nampaknya bertekad mahu meleburkan perjuangan PAS.
Namun dipandang dari sisi yang lain, isu baiah ini sebenarnya mampu
menggilap semua semangat dan niat pemimpin seperti Kamaruddin Jaafar dan
Dr Hatta sekaligus menyegarkan iktikad ketika memilih PAS sebagai wadah
perjuangan sejak berdekad lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment