Thursday, July 30, 2015
Peguam Negara Nafi Kewujudan Draf Kertas Pertuduhan Terhadap Perdana Menteri
31 Julai 2015, Kuala Lumpur : Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Mohamed 
Apandi Ali menafikan kewujudan draf kertas pertuduhan terhadap 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata dakwaan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik, Sarawak Report adalah palsu.
“Kertas pertuduhan seperti yang didakwa itu tiada dan tidak pernah 
sampai ke Pejabat Peguam Negara. Tambahan pula, format kertas pertuduhan
 itu tidak betul atau ditulis oleh Pejabat kami.
“Siasatan pasukan petugas khas masih belum selesai. Jadi adalah 
mustahil berdasarkan undang-undang bagi kertas pertuduhan itu dirangka 
lebih awal.
“Kertas pertuduhan seperti yang didakwa ini, menunjukkan terdapat 
konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri sekarang dengan mendakwa 
beliau melakukan kesalahan jenayah, dengan kaedah termasuk pembocoran 
maklumat palsu dan jenayah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan 
awal hari ini.
Mohamed Apandi juga berkata plot itu menjadi ancaman kepada 
demokrasi Malaysia dan beliau akan mengarahkan semua tindakan yang 
mungkin, diambil untuk menyiasat perkara itu.
“Penguatkuasaan undang-undang sepenuhnya akan digunakan tanpa 
pengecualian kepada sesiapa yang didapati bersalah,” tambah beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment