Kini terbongkar kemungkinan besar Tan Sri 
Muhyiddin Yassin merupakan orang yang memberi maklumat palsu kepada Tun 
Mahathir mengenai dakwaan wang 1MDB sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke 
dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk kegunaan
 pilihan raya.
Rakaman video perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir 
Sheikh Fadzir yang disiarkan oleh Malaysiakini menunjukkan Muhyiddin 
yang mendakwa wang sebanyak USD 700 juta milik 1MDB masuk ke dalam akaun
 Perdana Menteri. 
Muhyiddin mendakwa Perdana Menteri mengakui wang 1MDB sebanyak RM 2.6
 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau merupakan satu 
pembohongan dan mungkin dirancang oleh kumpulan ini sendiri. Video 
tersebut dirakam ketika perbualan beberapa orang sahaja, mustahil mereka
 tidak menyedari siapa yang merakamnya. 
Pada awal video iti sendiri jelas menunjukkan Perdana Menterti tidak menyatakan jumlah yang masuk apabila Muhyiddin berkata,
“Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.”
“lepas tu saya tanya berapa banyak… Susah nak kiralah, ‘dia cakap (najib) a lot, a lot'”
Kemudian Muhyiddin menyebut, “Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?”
 
Kemudian dalam babak seterusnya, Muhyiddin sendiri yang menyebut jumlah tersebut dan cuba menjadikan ia pengakuan Mohd Najib.
Muhyiddin sambil melihat kepada Kadir Sheikh Fadzir berkata, “Berapa? 
700 million dollar! Kalau kali 3 points something RM 2.6 bilion… goes to
 his personal account. Ini dia sebut, he admitted, so i said why put 
into your personal account?”
 
Video tersebut terhenti di situ sahaja. Menunjukkan perakam dan pembocor video tidak mahu jawapan Mohd Najib diketahui orang.
Muhyiddin sendiri tanya dan dia sendiri jawab. Bukannya Perdana Menteri kata USD 700 juta tersebut.
Sebenarnya pada bulan lalu beberapa ahli MKT telah pun menafikan bahawa Mohd Najib Abdul Razak memberitahu Umno bahawa wang sejumlah 
RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan 
untuk pilihan raya umum lalu.
Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Reezal Merican Naina 
Merican menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
 bahawa ahli Umno diberitahu bahawa wang itu digunakan untuk membiayai 
kempen pilihan raya.
“Najib hanya berkata, wang itu bukan dari 1MDB dan beliau 
tidak pernah guna untuk kepentingan peribadi beliau. Saya dengar 
sendiri,” kata Reezal yang juga MP Kepala Batas.
Turut bersetuju dengan beliau, Tajuddin pula mencabar Dr Mahathir 
untuk menyenaraikan butiran bahawa Najib didakwa mengaku wang 1MDB 
digunakan untuk pilihan raya.
“Bagaimana Mahathir tahu? Bila beliau bercakap dengan perdana 
menteri?” soal Tajuddin, timbalan menteri pertanian dan industri asas 
tani.
“1MDB tidak pernah membiayai pilihan raya kami. Kami mempunyai sumber
 dana untuk parti,” kata MP Pasir Salak tanpa mendedahkan dengan lebih 
lanjut.
Dr Mahathir sebelum itu mendakwa Umno diberitahu bahawa wang yang 
didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan 
raya umum lalu.
“Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun 
peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno 
seolah-olah berpuas hati,”  kata Dr Mahathir.
Jadi siapa sumber Majlis Tertinggi UMNO yang membohongi 
Mahathir bahawa Najib mengakui sejumlah RM 2.6 Bilion wang 1MDB 
dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau untuk tujuan pilihan raya?
 
Dalam video ini menunjukkan kemungkinan besar maklumat palsu kepada 
Mahathir ini merupakan komplot oleh Muhyiddin Yassin dan Mukhriz 
Mahathir. Jika Mukhriz tidak berkomplot mengapa beliau tidak membantah 
pun apabila Muhyiddin memberitahu Kadir Sheikh Fadzir bahawa sejumlah 
USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Najib. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
 
No comments:
Post a Comment