Thursday, July 30, 2015
Hadi Sindir DAP Membisu Isu Muhyiddin
KUALA TERENGGANU : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
membidas DAP kerana tidak menyatakan pendirian mereka mengenai 
penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
 bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Hadi mengkritik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata PAS 
tidak seperti DAP kerana sering konsisten dalam kepercayaan mereka.
"Kami tidak seperti DAP. Mereka sering menghentam Tun Mahathir tetapi 
sekarang mereka menyokong beliau," katanya kepada pemberita selepas 
merasmikan program Ihtifal di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman, 
Tok Jiring, di sini Khamis.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa dilihat cenderung menyokong 
tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan 
Kabinet pada Selasa lalu.
Hadi enggan mengulas mengenai tindakan tersebut dan mahu melihat prestasi menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik.
"Saya tidak cenderung kepada sesiapa. Saya hanya cenderung kepada orang 
yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Masih terlalu awal untuk 
menghakimi mereka," katanya. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment