Thursday, July 30, 2015
Ahli UMNO Perlu Waspada Gerakan Menangguk Di Air Keruh
KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO Terengganu, YB Wan 
Abdul Hakim Wan Moktar percaya akan ada pelbagai gerakan serta tukang 
laga yang akan menangguk di air keruh dalam usaha memecahbelahkan 
kesatuan ahli dan pendokong parti ekoran isu-isu semasa yang berlaku di 
dalam negara.
Justeru katanya semua pihak perlu berwaspada dengan gerakan seumpama 
itu kerana apa yang penting hari ini adalah demi parti kerana lemahnya 
parti lemahlah segala-galanya yang akhirnya tidak akan memberi apa-apa 
manfaat kepada semua pihak.
“Jangan ikut emosi yang cuba dimainkan oleh sesetangah pihak 
khususnya kalangan pembangkang. Tidak perlulah kita melatah antara satu 
dengan yang lain. Kita percaya kepada pucuk pimpinan dalam membawa dan 
mengemudi parti.
“Kepercayaan dan kesatuan kepada parti adalah satu keutamaan dan satu
 perkara yang dituntut kepada smeua ahli. Janganlah kita turut sama 
terjebak dengan mereka yang cuba mengambil kesempatan serta menangguk di
 air keruh.
“Apa yang kita perlu utamakan letakkan kesatuan di atas…Permuafakatan
 sesama ahli cukup penting. Saya percaya sesetengah pihak ada 
kepentingan serta ada agenda yang tersendiri. Apa pun tunjukkan semangat
 kesatuan kita,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih seterusnya 
menambah tidak ada mana-mana pemimpin bertindak untuk menghancurkan 
partinya sendiri.
Sebab itulah katanya apa yang berlaku hari ini perlu diterima secara 
matang dan secara bijak serta sama-sama memandang ke hadapan demi 
kepentingan serta kekuatan parti demi kepentingan rakyat.
“Kita jangan beremosi…kena matang terutama apabila dalam menerima 
sesuatu berita atau pun bahan yang dibawa atau pun dilontarkan oleh 
pihak-pihak tertentu. Percayalah… kesatuan adalah kunci kepada 
segala-galanya.
“Mereka akan cuba pecahbelahkan kesatuan kita dengan perkara yang 
tidak logik apatah lagi dalam senario serta situasi semasa yang berlaku 
hari ini. Tentu ada pelbagai ragam dan pelbagai gaya,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment