Tuesday, July 28, 2015
1MDB: Hahasrin, Sila Jelaskan Apa Lagi Yang Patut Kerajaan Buat?
EDITOR MENULIS...
28 JULAI 2015
Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrim Hashim
semalam menuruti jejak Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan melontarkan
persoalan yang lebih kurang sama mengenai 1MDB.
Dimudahkan, kedua-dua mereka bercakap
seoalah-olah tidak ada apa yang dibuat kerajaan mengenai perkara
tersebut (1MDB) dan tuduhan yang mengatakan sebanyak USD 700 juta
dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri – fitnah yang
dimulakan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.
Muhyiddin memulakannya dalam ucapan
semasa merasmikan mesyuarat bahagian Cheras kelmarin, manakala Hahasrin
dalam satu kenyataan di media sosial tidak lama selepas itu.
Walhal, semua orang tahu dalam hal 1MDB
ini yang Perdana Menteri dah keluar TV3 jelaskan, Jabatan Audit dah
diminta melakukan audit, PAC (bipartisan) turut dilibatkan.
Malah,
laporan interim pun sudah dihantar. Laporan penuh belum lagi kerana
antara lain, PAC masih menunggu untuk berjumpa dengan bekas dan penjawat
semasa kerusi Pengarah Urusan 1MDB untuk disoal siasat.
Bagi dakwaan berbilion wang dimasukkan
dalam akaun Datuk Seri Najib, pasukan khas melibatkan Jabatan Peguam
Negara, Gabenor Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah
dibentuk dan pasukan berkenaan juga sudah pun mengambil tindakan.
Setakat ini beberapa orang telah
ditahan, ada akaun bank yang dibekukan tapi tak satu pun yang berkaitan
dengan Perdana Menteri. Semua ini siapa yang arah? Perdana Menteri
sendiri.
Nampak, menulis tentang itu saja dah
beberapa para, maksudnya banyaklah yang telah dibuat tapi kenapa
Hahasrin ini bercakap macam tidak ada apa yang telah dilakukan dalam hal
ini? Nak laporan penuh ke? Tunggulah siasatan selesai dulu, siapa
yang patut dipanggil, dipanggil. Lepas tu desaklah apa nak desak pun.
Atau Hahasrin ini sebenarnya kakak tua,
mengikut saja apa yang disalakkan Muhyiddin?
Maaflah bahasa tu tapi itu
saja yang saya fikirkan sesuai bercakap dengan orang macam ini.
Kalau umum hasil siasatan awal sangat,
dikatakan cincai dan cuba melindungi Perdana Menteri. Bila masa diambil
untuk melengkapkan siasatan, pun bising juga, jadi nak apa sebenarnya?
Jika semua tindakan yang telah diambil setakat ini tidak cukup, apa
yang baru cukup, bagitaulah.
Untuk pengetahuan umum ya, saya nak
jelaskan bahawa jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri ini adalah lantikan
Ketua Pemuda UMNO Pusat, bukan dipilih secara demokrasi.
Sudah tentulah
bila dipilih secara peribadi, hanya orang-orang dia sajalah yang
diserahkannya tugas itu, takkan nak bagi pada seterunya pulak.
Justeru, dengan beberapa orang dari
kepimpinan Pemuda UMNO sekarang hebat dikaitkan dengan dakwaan
mewujudkan gerakan untuk menumbangkan Perdana Menteri, maka boleh faham
sajalah kenapa kenyataan macam orang baru keluar gua ini dibuat.
Saya malas nak cerita banyak sangat, fikir sahajalah.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment