Wednesday, July 29, 2015
Luahan Hati Shabery Cheek Tentang Pengguguran Muhyiddin..
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baharu, Datuk  Seri Ahmad 
Shabery Cheek menyifatkan rombakan Kabinet yang dilakukan Perdana 
Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai satu persamaan amalan 
yang dilakukan dalam sebuah pasukan bola sepak.
Shabery yang pernah menyandang Menteri Belia dan Sukan (KBS) berkata, 
sebuah pasukan itu perlu membuat pertukaran pemain dan posisi bagi 
memantapkan lagi pasukan demi meningkatkan prestasi sebuah kelab itu. 
Katanya, demi meningkatkan prestasi sebuah kelab itu, seorang pengurus 
terpaksa membuat keputusan yang 'berat' bagi mengeluarkan dan memasukkan
 pemain baru bagi memantapkan lagi kelab tersebut demi mencapai 
kemenangan.
Jelasnya, sudah menjadi lumrah seorang pengurus menerima kritikan apabila melakukan pertukaran yang tidak memuaskan hati mereka.
"Bagi kami sebagai ahli politik, ini umpama pasukan bola sepak, pengurus
 mestilah memikirkan pasukan yang kuat, boleh bermain secara berpasukan 
bukan soal pemain handalan sahaja.
"Jadi dalam soal ini, kita mesti menerima pengurus boleh memasukkan 
pemain baharu dan mengeluarkan yang lama meskipun dia adalah pemain 
handalan," kata Shabery.
Tambahanya lagi, pertukaran yang dilakukan bukanlah untuk diraikan, 
tetapi perlu dipikul oleh pemain untuk menguatkan lagi pasukan apabila 
diberi kepercayaan oleh pengurus.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment