Wednesday, July 29, 2015
Nazri Aziz Anggap Muhyiddin Sendiri Cari Pasal..
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan 
pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Timbalan Perdana Menteri 
adalah disebabkan perbuataannya sendiri.
Nazri berkata, Muhyiddin sengaja mencari nahas berhubung isu 1Malaysian 
Development Berhad (1MDB) kononnya untuk menjadi 'hero', sedangkan isu 
terbabit telah pun dibawa ke Kabinet dan sebulat suara melantik Menteri 
Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk bercakap 
mengenainya.
Katanya, disebabkan Muhyiddin ingin menjadi 'hero', beliau terpaksalah menerima keputusan ini dengan hati terbuka.
"Dalam Kabinet, kita sudah bersetuju hanya Husni boleh cakap mengenai 
1MDB sehingglah pasukan petugas khas selesai menjalankan tugasnya.
"Tetapi Muhyiddin tidak patuh kepada keputusan Kabinet dan terus 
melancarkan serangan Ahad lepas ketika mesyuarat Umno Cheras itu," kata 
Nazri.
Nazri turut menjelaskan sebagai anggota Kabinet, haruslah memberi 
sokongan penuh terhadap Perdana Menteri walau dalam apa jua keadaan 
sekalipun.
Jelasnya, dalam keadaan kerajaan dilontar dengan tuduhan yang tidak 
berasas, anggota Kabinet perlulah bersatu tanpa berpecah bagi menangani 
isu terbabit.
Jelasnya lagi, lantikan kabinet yang baharu yang dilakukan Datuk Seri 
Najib Razak adalah tepat bagi memperkasakan kerajaan, sekaligus 
menguatkan parti bagi menempuh pilihan raya umum akan datang.
"Pertamanya, Kabinet memang prerogatif perdana menteri dan sudah tentu 
beliau perlu melantik mereka yang setia kepadanya dan mereka yang beliau
 selesa dengannya.
"Jelas sekali beberapa orang menteri yang digugurkan itu, terutamanya 
daripada Umno tidak mematuhi arahan dalam kes 1MDB atau memang masa 
mereka sudah tiba.
"Masa-masa begini kita tidak boleh ada Kabinet yang berpecah. Perdana 
menteri lakukan tindakan yang betul dengan melantik Zahid sebagai 
timbalan perdana menteri," jelasnya.
Nazri turut memaklumkan beliau tidak berasa selesa dengan tindakan 
Muhyiddin melakukan serangan terhadap perdana menteri yang dituduh 
dengan tuduhan tidak berasas.
Nazri berkata, Muhyiddin sebagai orang kanan Najib sewajarnya memberi sokongan perdana menteri itu, bukan sebaliknya.
"Secara peribadi, saya rasa tidak selesa apabila timbalan menyerang 
perdana menteri dan tidak menunjukkan sokongan. Itu tidak betul,” 
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment