Tuesday, July 28, 2015

Rombakan Kabinet Malaysia Diumumkan? Keputusan Sukar Untuk Perdana Menteri

Hari ini semua media serta penganalisis politik tertumpu kepada Pejabat Perdana Menteri yang dikatakan akan membuat satu kejutan besar melalui pengumuman penting bagi negara.

Ada yang mengatakan, rombakan besar kabinet kerajaan akan dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia. Ada pula yang menjangkakan pertukaran portfolio dibeberapa Kementerian akan dilakukan bagi menguatkan kerajaan.

Agak menggelikan hati kerana ada juga persepsi yang mengatakan Perdana Menteri telah memulakan "Ops Cantas" didalam parti Umno yang mana akan menyaksikan beberapa pemimpin besar akan kehilangan jawatan ataupun ditukar.

Semua persepsi ini hanya akan terjawab seawal jam 3 petang nanti kerana difahamkan sekarang sedang berlangsung mesyuarat penting di pihak pentadbiran Putrajaya.

Ura-ura sejak semalam yang mengatakan Timbalan Perdana Menteri akan berwajah baru juga pastinya akan terjawab. Mungkinkah TS Muhyidin kekal di kerusi tersebut, ataupun beliau digantikan dengan pemimpin baru yang lebih layak dan setia pada perjuangan parti?

Yang menarik untuk diperhatikan ialah, pertukaran beberapa jawatan penting didalam struktur agensi kerajaan. Awal tadi kita dapat melihat bagaimana Peguam Negara dtamatkan perkhidmatan serta digantikan dengan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Kemudiannya terdapat pula pertukaran satu portfolio besar di peringkat agensi keselamatan negara di Bukit Aman.

Mungkinkah akan ada banyak lagi pertukaran yang dibuat bagi memastikan sokongan agensi serta penjawat awam solid kepada kerajaan memerintah? Selama ini banyak "loop hole" serta ketirisan sokongan yang berlaku dikalangan ketua agensi serta penjawat awam. Jadi perkembangan ini dilihat amat penting bagi memperkasakan kedudukan kerajaan.

Apapun yang bakal berlaku, Perdana Menteri yang menjadi fokus utama hari ini pastinya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kerajaan Malaysia kekal kukuh dan juga kuat untuk menghadapi sebarang ancaman politik dari dalam dan luar.

Demi survival parti Barisan Nasional serta Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat, DS Najib Razak sudah tentu akan membuat keputusan yang dianggap tepat serta merangkumi semua elemen untuk kebaikan rakyat.

Bukan suatu keputusan yang mudah, tetapi ianya perlu dilakukan untuk menjamin keselamatan, ketenteraman serta kesetiaan kerajaan bagi memikul amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment