Wednesday, July 29, 2015
Peguam Negara Yang Baru Dedah Kenapa Gani Patail Diberhentikan
Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini 
menjelaskan bahawa perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam
 negara ditamatkan adalah mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.
Apandi berkata, penamatan perkhidmatan Gani selaras dengan Perlembagaan 
Persekutuan, yang tidak lagi memerlukan tribunal membuat keputusan 
mengenai perkhidmatannya.
Apandi turut menjelaskan lebih lanjut dengan mengatakan artikel dalam 
perlembagaan yang memerlukan tribunal membuat keputusan mengenai 
penyingkiran seorang peguam negara kini diganti klausa baru.
"Di bawah Fasal (5) Perkara 145 sedia ada, peguam negara memegang 
jawatan selama diperkenankan Yang di Pertuan Agong," kata Apandi.
Jelas beliau lagi, penamatan khidmat Gani tidak melanggar mana-mana 
perlindungan undang-undang mengenai pembuangan kerja dan penurunan 
pangkat yang terkandung dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, ini kerana Fasal (4)(b) Perkara 132 menyatakan, Perkara 135 tidak terpakai kepada pejabat peguam negara.
"Walau apa pun, Gani tidak dipecat atau diturunkan pangkat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang," jelasnya.
Apandi turut memaklumkan beliau menjelaskan perkara ini bagi tidak 
mengelirukan orang ramai mengenai penyingkiran Gani sebagai Peguam 
Negara kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menguli 
berita sehingga mengelirukan rakyat.
"Demi kepentingan pentabdiran keadilan, perlu bagi orang awam tidak dikelirukan dan menganggap sebalik daripada itu," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment