Thursday, July 30, 2015
Optimisme Perjuangan PAS Tidak Luruh Dek Sergahan GHB
Jika hendak dibanding sikap dan pendirian yang pemimpin-pemimpin G-18 
yang hendak menubuhkan sebuah parti Islam baharu dengan niat 
mengkuburkan PAS dengan para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah ibarat 
bumi dengan langit. 
Kumpulan G-18 ini telah tidak lagi diberi kepercayaan oleh ahli parti 
untuk memimpin PAS dalam konteks politik hari ini. Sebab itu mereka 
tidak diundi untuk terus mengisi saf kepimpinan PAS. 
Reaksi G-18 ialah jahanamkan PAS. Mereka mahu tinggalkan PAS dan 
menubuhkan parti Islam baharu. Namun sebelum mereka sepuas-puasnya 
melemparkan tuduhan bahawa PAS sudah tidak relevan dan autokratik. 
Sebaliknya, para sahabat Rasulullah s.a.w. ada yang dilucutkan kedudukan
 kepimpinan mereka oleh baginda Rasul dan Saidina Umar Ibnu Khattab 
sendiri tetapi tidak pernah berfikiran negatif untuk meranapkan Islam. 
“Bandingkan diri kita dengan Saad bin Ubadah r.a.  yang dilucut jawatan 
oleh Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa Fathu Makkah, Khalid bin Al-Walid
 r.a. yang dipecat oleh Khalifah Umar r.a. tetap bersama saf perjuangan 
sehingga wafat. 
“Begitulah Ka’ab bin Malik r.a. kerana tidak menyertai perjalanan ke 
(Perang) Tabuk sehingga diambil tindakan disiplin dipulau beberapa 
bulan.
“(Beliau) tidak keluar daripada jamaah dan tidak menerima tawaran Raja 
Ghassan supaya meninggalkan jamaahnya,” Datuk Seri Haji Abdul Hadi 
Awang. 
Dalam kenyataan yang ditujukan khas kepada sesiapa yang berkenaan PAS 
sahaja, presiden PAS itu menghuraikan dengan jelas apakah erti 
perjuangan bagi PAS. 
Umum tahu huraian ini khusus untuk G18 yang kini cuba melukis gambaran 
jelek terhadap PAS. Hadi menghuraikan ciri dan sikap perjuangan PAS 
apabila berkata:
“Kumpulan yang ditetap oleh Allah dengan segala sifat dan cirinya 
di-dalam Al-Quran dan ditafsirkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga tidak 
boleh dilakon atau dikelirukan. 
“Kumpulan yang ikhlas bersamanya daripada semua peringkat dan lapangan, 
mereka bukan sahaja berhubung dengan manusia, bahkan berhubung dengan 
Allah siang dan malam.
“(Ini), termasuk mereka yang dianggap bodoh, tetapi bodohnya tidak 
lupakan Allah siang dan malam. Bukan sahaja yang kaya menyumbang harta 
dan (malah) yang alim dan bijak menyumbang ilmu dan kemahiran. 
“Termasuk juga yang miskin dan bangsat (dipandang hina kebanyakan umum) 
menyumbangkan doa dan tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan 
pertandingan pemimpin dan meminta menjadi calon dan jawatan. 
“Kesemua mereka tetap pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat 
agung atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan 
tidak mendapat projek dan balak tetapi tidak merajuk dan terus 
beristiqamah”.
Sebaliknya, kata Hadi, mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa 
hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya 
sahaja. 
Mereka kini terbukti tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat 
kerana ingin mencapai cita-citanya segera dengan menggunakan PAS.
“Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan pula hanya
 memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia sahaja. 
“Sesiapa yang tidak istiqamah di atas aqidah, dasar dan matlamat pasti 
berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jamaah,” 
katanya.
Kini ahli akar umbi PAS sudahpun membuat penilaian mereka terhadap 
pemimpin yang disifatkan Hadi tidak ikhlas ini apabila ‘mengusir’ mereka
 dari barisan kepimpinan PAS.
Natijahnya, PAS kini masih dililiti keyakinan diri yang tinggi. 
Optimisme ini dipancarkan dalam sikap mereka  menangani segala  
sindiran, ejekan dan sikap memerli G-18 terhadap PAS.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi misalnya, 
menegaskan bahawa PAS  berpegang pada prinsip bahawa Islam sentiasa 
sesuai dihayati pada semua zaman dan tempat.
“Bermakna pada sebarang zaman dan tempat, PAS wajib menyampaikan Islam 
kepada masyarakat dan dilaksanakan secara berperingkat dengan membina 
kefahaman menerusi dakwah, siasah dan tarbiah,” katanya.
Menurutnya, biarpun disebabkan pegangan itu, PAS dicemuh dan dihina 
termasuk dikenakan tekanan, PAS sama sekali tidak akan beralih 
arah....Terbaik lah. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment