Thursday, July 30, 2015
Hadi Bidas DAP Tidak Konsisten... Dulu Hentam Tun Mahathir Kini Sokong
Presiden PAS Datuk Hadi Awang memulangkan 'paku buah keras' kepada
Setiausaha Agung DAp yang mengkritik PAS selepas parti itu mengambil
sikap tunggu dan lihat berhubung isu rombakan Kabinet.
Menurut Ahli parlimen Marang itu, PAS tidak seperti DAP kerana sering konsisten dalam kepercayaan mereka.
"Kami tidak seperti DAP. Mereka sering menghentam Tun Mahathir tetapi sekarang mereka menyokong beliau," katanya.
Jelas Abdul Hadi, beliau enggan mengulas mengenai tindakan rombakan
Kabinet kerana mahu melihat prestasi menteri dan timbalan menteri yang
baharu dilantik.
"Saya tidak cenderung kepada sesiapa. Saya hanya cenderung kepada orang
yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Masih terlalu awal untuk
menghakimi mereka," katanya.
Guang Eng sebelum ini mendakwa Abdul hadi cenderung kepada UMNO kerana
tidak 'menghentam' rombakan Kabinet yang dilakukan Perdana Menteri
Selasa lalu.
Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada ahli parti, terutama
golongan pemimpin, supaya mengelak menyertai kegiatan dianjurkan oleh
Gerakan Harapan Baru (GHB).
Katanya, tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang melanggar
arahan parti supaya mengelakkan diri daripada kegiatan GHB, terutama
bagi ahli Parlimen dan ADUN PAS.
“Saya secara peribadi sudah memberitahu pemimpin kita supaya tidak
terbabit dalam program dikaitkan dengan GHB yang tiada kaitan dengan
PAS.
“Sesiapa ahli kita terbabit akan hanya mendatangkan keburukan kepada
parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Ihtifal
Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, di Kuala Terengganu Khamis.
Hadi berkata, PAS memantau pergerakan pemimpinnya di setiap negeri dan
ahli yang melanggar arahan akan dipanggil mengadap jawatankuasa disiplin
parti.
“Hukuman dikeluarkan akan bergantung kepada tindakan dan tingkah laku
mereka. Kami akan mengeluarkan dulu surat tunjuk sebab terhadap mereka
dan jika didapati bersalah boleh digantung keahlian ataupun terus
disingkir daripada parti,” tambahnya.
Sementara itu, Abdul Hadi turut membidas DAP kerana tidak menyatakan
pendirian mereka mengenai penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassim dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani
Patail.
Hadi mengkritik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata PAS
tidak seperti DAP kerana sering konsisten dalam kepercayaan mereka.
"Kami tidak seperti DAP. Mereka sering menghentam Tun Mahathir tetapi sekarang mereka menyokong beliau," katanya.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa dilihat cenderung menyokong
tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan
Kabinet pada Selasa lalu.
Hadi enggan mengulas mengenai tindakan tersebut dan mahu melihat prestasi menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik.
"Saya tidak cenderung kepada sesiapa. Saya hanya cenderung kepada orang
yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Masih terlalu awal untuk
menghakimi mereka," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment