Masing-masing wartawan yang hadir, menunggu-nunggu dengan semangat bahan yang boleh dijadikan ibu berita, maklumlah, benda tengah panas.
Wednesday, July 29, 2015
Muhyiddin Pun Tak Kecoh, Orang Lain Pulak Yang Gila
EDITOR MENULIS...
29 JULAI 2015
Sidang media Tan Sri Muhyiddin Yassin di
kediamannya pagi tadi memang dinanti-nantikan.
Masing-masing wartawan yang hadir, menunggu-nunggu dengan semangat bahan yang boleh dijadikan ibu berita, maklumlah, benda tengah panas.
Tapi bak kata pepatah Melayu, diharap panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Jauh dari jangkaan, tidak ada komitmen
untuk menentang pemecatan habis-habisan, tidak ada rancangan demo
menjatuhkan kerajaan, undi tak percaya dan seumpama itu, sebaliknya
Muhyiddin menunjukkan dia adalah pemimpin berjiwa besar dengan
mengutamakan perpaduan parti dan negara.
Mana tak muncung semua yang mengharap
dapat ambil kesempatan termasuk kelompok pengikut Tun Mahathir yang
katanya berkampung dari malam tadi. Mana tahan setakat dapat air
mineral dengan lebih-lebih mee goreng tak habis dimakan orang ye tak?
Jadi penulis hairan, yang kecoh-kecoh
dari semalam ni apahal? Artikel saya yang cuba menjelaskan bukan
aneh Timbalan Presiden UMNO tidak ada jawatan kabinet pun penuh dengan
komen-komen yang tidak berkaitan langsung dengan apa yang cuba
disampaikan.
Muhyiddin yang kena pecat pun tidak ada
apa-apa nampaknya, yang takde hubung kait sama sekali pulak kecoh
lebih. Kononnya 4.30 petang semalam akan ada pertemuan dengan YDPA untuk
memecat Perdana Menteri, kononnya Wanita UMNO menyerbu rumah dan
berikrar untuk berdiri di belakang Muhyiddin dan sebagainya.
Padahal satu pun tak berlaku, Muhyiddin nampak tenang saja.
Bagaimanapun jangan silap. Kita tahu
apa yang sedang berlaku, tapi sekurang-kurangnya berdasarkan kenyataan
hari ini tidak menunjukkan Muhyiddin ada terjejas apa-apa dengan
pengguguran semalam. Seperti yang sudah penulis jelaskan, yang gugur
hanya jawatan kabinet, jawatan parti Perdana Menteri tak usik sebab itu
hak ahli UMNO.
Jadi kalau rasa penyokong Muhyiddin
sangat, terima sajalah yang Muhyiddin dah terima hakikat dia digugurkan,
jangan pulak fitnahkan dia. Kalau gerakan Muhyiddin dah bermula
betul-betul esok, kita peranglah sungguh-sungguh.
Sementara masa itu sampai, buang masa saja bergaduh.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment