Thursday, July 30, 2015
SAH #KitaLawan Mahu Gulingkan Kerajaan Dan Perdana Menteri.. Mana IGP Dan Menteri KDN???
Anggota Sekretariat #KitaLawan, Fariz Musa berkata fokus untuk 
menumbangkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak merupakan keutamaan
 kepada gerakan itu pada masa ini.
Katanya, kredibiliti Najib 
yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Development berhad (1MBD) semakin
 diragui apabila merombak kabinet bagi menyingkirkan timbalannya 
baru-baru ini.
“Kita fokus dengan tema ‘Kita Lawan Najib’ kerana 
kita melihat apa yang berlaku pada negara berpunca dari kelemahan 
pentadbiran Najib.
“Sebab itu untuk selamatkan negara, kita tidak
 ada cara lain selain memastikan Najib ditangkap dan diambil tindakan 
undang-undang,” tambah Fariz dalam sidang media hari ini.
Fariz 
turut mengingatkan pihak polis supaya tidak mengganggu himpunan pada 29 
Ogos ini. Tegasnya, rakyat hanya menuntut hak mereka dan bukan musuh 
kepada negara.
Sementara itu, Adun Teja, Chan Li Kang berkata, rakyat Malaysia sudah tiada pilihan selain mendesak Najib melepaskan jawatan.
Katanya,
 rakyat sudah memberi peluang terlalu lama, namun Najib gagal 
memperbaiki keadaan ekonomi, sebaliknya bertindak menggugurkan pemimpin 
yang mengkritik pentadbirannya.
Sementara itu, Pemimpin Pemuda 
Gerakan Harapan Baru, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar berkata, rakyat 
Malaysia kini menuntut perubahan menyeluruh terhadap kerajaan.
Chang
 Lih Kang“Rakyat bukan nak melihat perubahan kabinet, tetapi nak melihat
 perubahan kerajaan. Bukan nak lihat timbalan perdana menteri baru, 
tetapi nak melihat semua menteri baru termasuk Perdana Menteri yang baru
 dan bertanggungjawab.
“Kita sebagai anak muda tiada masa untuk bertangguh atau hanya melihat, kita perlu memainkan peranan kita,” tambah beliau.
Mereka
 sebelum itu hadir dalam satu sidang media oleh #kitaLawan yang 
mengumumkan sokongan kuat terhadap himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan 
akan diadakan pada Ogos. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment